Thursday, January 12, 2012

Kuih –Muih Utara

Tajuk: Kuih-Muih Utara

Penulis: Zakiah Hanum

Penerbit: Berita Publishing Sdn Bhd, Cetakan Pertama 1992

ISBN: 967-969-399-6

Harga:RM 24.50

Sinopsis: Mengetengahkan kuih-muih yang popular di utara, ada di antaranya terdapat hanya di utara manakala selainnya terdapat di negeri-negeri lain juga tetapi dibuat dengan cara yang berbeza atau diberi nama yang berlainan. Setiap resepi mempunyai cerita atau anekdotnya sendiri. Kisah-kisah yang dilalui Zakiah bersama keluarganya begitu menarik, kerapkali mengandungi perkara-perkara yang mencuitkan hati. Resepi-resepi ini telah diwarisi turun-temurun dan merupakan kuih-muih yang kerap disediakan untuk dinikmati oleh keluarga.

Komen: Dato’ Zakiah Hanum, orang kuat Arkib Negara, memang terkenal suatu waktu dahulu dan jasanya memang masih diingati. Saya dah baca buku ni sejak tahun 90-an lagi. Buku resepi pun kena ‘baca’?? Itulah keistimewaan buku ni. Saya baca halaman demi halaman sebab di dalamnya ada anekdot (kisah yang ringkas dan biasanya agak lucu tentang sesuatu peristiwa) tentang kuih tu. Saya rasa, saya pun banyak terpengaruh dengan buku ni sebab setiap apa yang saya masak pun ada ceritanya. Walaupun buku ni selalu dibelek, yang masaknya satu kuih tu jugak hehehe apam betawi. Dalam ni semua resepi tradisional, mak dah pandai buat, tak payah tengok buku pun. Tu la pasal, saja suka membeli.

Ramadan tahun lepas masa pak cik datang rumah, hidangkan apam polkadot. Lepas tu mulalah buka cerita, Opah dulu selalu buat apam Baghdad yang macam bahulu sebab taruh banyak telur. Sekali bapak pulak menyampuk, tu namanya apam Siam. Mak saya pula cakap, apam Betawi. Lor apam yang sama tapi banyak nama... dari Baghad ke Siam ke Betawi la pulak. Sama seperti apa yang ditulis Dato Zakiah Hanum dalam anekdotnya:

Saya masih belum dapat mencari jawapannya mengapa kuih ini disebut apom ‘Betawi’ di Kedah dan apam ‘Siam’ di Selangor, sedangkan nama kedua-dua tempat yang digunakan berjauhan letaknya. Betawi ialah nama lama bagi Jakarta dan sudah pasti apom Betawi ini telah lama wujud.

Bahan-bahannya senang sahaja:

Apom Betawi

600 gram tepung gandum

10 biji telur

600 gram gula

1 camca teh serbuk penaik

Pewarna kuning secukupnya

Pukul telur dengan gula hingga naik.Masukkan serbuk penaik. Goreng tepung gandum tanpa minyak hingga kering (sangai). Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit ke dalam adunan telur. Masukkan pewarna kuning. Jerang pengukus atau pelengat. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus hingga masak.


Bagi yang rajin, masa kukus tu letaklah kain ke, aluminium foil ke kat penutupnya supaya tak kena air wap kat kuih. Saya memang suka buat fesyen cam gini, fesyen permukaan bulan...kan cantik tu. Hehehe orang malas memang pandai cari alasan. Biasa buat setengah bancuhan je. Boleh jugak 2,3 hari makan.

Potong biar berseni sikit

2 comments:

Cendana Kasih said...

uish...banyak jugak guna telur apam ni yer...errrmmm..malas ler aku nk cuba...

eh...raya cina ni tak datang KL ke?? meh laaa jenjalan...

zarina said...

Buat le separuh je idak le byk sgt.
Insya-Allah feb, lama skit, bleh la ke sana

Related Posts with Thumbnails