Thursday, January 26, 2012

Making Out in Chinese

Buku ni agak daif sebab kena banjir sebelum ni. Mujurlah balut, selamat sikit dari hancur terus. Ingat lagi masa tu, orang lain jemur baju, saya jemur buku-buku. Kesan lumpur tak boleh hilang. Kenangan.

Tajuk: Making Out In Chinese

Penulis: Ray Daniels

Penerbit: Yenbooks, Tokyo, Cetakan Kelima 1998

ISBN: 4-900737-13-5

Harga:RM 21.00

Halaman: 88 m/s

Sinopsis:

Making out in Chinese has been especially written to teach you what all the regular Chinese textbooks don’t. In no time, you’ll master everything from friendly chitchat to cuddly courtship remarks, from gentle put-downs to verbal abuse. This is the one book certain to bring you to a new level of fluency in conversational Chinese.

Komen:

Buku ni best sebab lain daripada buku bahasa Cina yang lain. Cuma bila dah belajar ikut fonetik yang standard, bila baca buku ni macam celaru sikit jadinya. Dah lama tak pratikkan bahasa ni. Balik-balik yang boleh balas ni hao, wo hen hao, shen me? Hmm sedih!

Dalam buku ni juga ada diterangkan bagaimana wujudnya kalendar Cina yang menggunakan haiwan sebagai lambang. Pada masa dahulu, tiada jam dan kalendar. Rakyat jelata ingin tahu bagaimana nak tentukan masa tapi tidak tahu caranya. Jadi mereka pun berjumpalah dengan Maharaja untuk minta pandangan. Maharaja kata, haiwan dan manusia mempunyai hubungan yang rapat dan namanya senang diingati jadi baginda memilih untuk menggunakan haiwan sebagai simbol. Oleh itu satu pertandingan merentas sungai diadakan.

Pelbagai haiwan datang untuk menyertai. Kucing dan tikus yang ketika itu berkawan baik berbincang sesama mereka cara terbaik untuk menyeberang kerana kedua-duanya tak boleh berenang. Mereka meminta bantuan lembu. Lembu dengan ikhlas hati bersetuju membawa mereka menyeberang.

Perlawanan dimulakan dan lembu perenang terbaik telah mendahului haiwan yang lain. Apabila hampir di garisan penamat, kucing dengan bangganya mengisytiharkan mereka bertiga merupakan yang pertama tetapi tikus mempunyai muslihat dan bersikap pentingkan diri. Dia berniat untuk menjadi yang pertama. Tikus menolak kucing hingga jatuh ke dalam sungai lalu melompat ke belakang telinga lembu. Lembu tidak sedar akan kejadian itu. Sebaik sahaja sampai ke tebing, tikus melompat dan berlari ke garisan penamat diikuti lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi.

Arnab tidak boleh berenang tapi dia melompat di atas kepala haiwan yang lain. Naga sepatutnya mendapat nombor yang terbaik kalau diikutkan personalitinya yang gagah. Tapi oleh kerana sebelum ini dia ‘membuat’ petir dan guruh di syurga, dan dengan tidak sengaja terbuat bunyi yang kuat sangat sehingga dia jadi pekak. Masa perlawanan tu, dia tak dengar bunyi hon, jadi dia mula lambat.

Ular sebelum ini mempunyai kaki. Untuk mengalahkan kuda dia menakutkan kuda dan menerpa ke depan. Malangnya dia berlari terlalu laju sampai patah kakinya. Itulah sebabnya ular menyusur sekarang ni. Panjang lagi ceritanya, bagaimana muka arnab jadi panjang, kenapa tikus duduk dalam gelap, penglihatan kambing yang rosak, ayam yang dulunya berkaki 4 tinggal 2 dan kenapa babi paling akhir sampai. Sesiapa yang nak tahu sila baca buku ni.

Ceritanya kelakar, tapi ia membantu saya untuk mengingati turutan haiwan ini dalam kalendar Cina.

GONG XI FA CAI!

No comments:

Related Posts with Thumbnails