Monday, February 27, 2012

Kumpulan marhaban

Di kawasan Chandan, setiap kali kenduri kahwin yang diadakan di rumah memang akan jemput kumpulan marhaban supaya majlis perkahwinan akan diberkati. Marhaban merupakan puji-pujian yang dilagukan untuk memuji-muji Nabi.

Biasanya pukul 10.30 pagi kumpulan marhaban ini dah mulakan sehinggalah pukul 11.30 atau pukul 12. Setelah habis, mereka akan makan dahulu sebelum jemputan-jemputan yang lain datang. Di sini, ada 3 kumpulan marhabannya dan semuanya perempuan (mak cik – mak cik). Di tempat lain ada kumpulan marhaban lelaki. Di Kedah disebut burdah.

Kumpulan marhaban ni selalunya sibuk memenuhi jemputan jadi kalau sesiapa yang nak panggil kenalah beritahu awal-awal kepada ketuanya. Buat temu janji, nanti tak datang pula. Biasanya ahli kumpulan ini akan diberi RM5 yang diletak di dalam sampul, bunga rampai dan bunga telur yang diletak dalam beg yang untuk kenduri tu. Sumbangan RM70 pula untuk diberi pada ketua bagi aktiviti marhaban. ‘Goodie bag’ ini akan diberi kepada ahli marhaban oleh tuan rumah ada ‘masanya’ bukan bagi macam tu je. Ketika marhaban ada masanya mereka akan berdiri dalam bulatan sambil berselawat dan masa itulah tuan rumah akan beri kepada setiap ahli ikut pusingan bulatan. Selepas itu mereka akan duduk balik dan meneruskan marhaban.

Kumpulan marhaban ini dikenali melalui uniform yang sama. Beli kain satu papan gamaknya. Kalau tengok ada mak cik yang pakai baju sama, dah tau dah ni mesti kumpulan marhaban. Kadang-kadang, ketua marhaban ini akan tanya pada tuan rumah warna tema majlis berkenaan bolehlah mereka pakai warna yang sama untuk memeriahkan lagi kenduri.

Dari dulu lagi dah ada tradisi memanggil kumpulan marhaban ini semasa kenduri dan dikenali juga sebagai ‘baca Maulud’. Pah saya juga merupakan ahli kumpulan marhaban dan turut mengajar orang tetapi tiada anak-anaknya atau cucunya yang mengikut kecuali cucu saudaranya. Al-fatihah buat Allahyarham Arbaiyah dan Allahyarham Yong Halimah.


Kenduri semalam berbeza sedikit bagi kumpulan marhaban sebab buat di dewan. Kumpulan marhabannya mengiringi pengantin dari pintu masuk sehinggalah ke pelamin sambil berselawat.

Semoga berkekalan hingga akhir hayat

Hadiah buat para tetamu tanda terima kasih(botol yang kecil). Dua botol lagi untuk kudap-kudapan selepas makan.

Trademark kenduri di sini. Bermakna anda sudah sampai di Kuala Kangsar. Lupa nak tangkap gambar ayam panggang bersama air asam dan laksa. Special.

Cendol


Popia

3 comments:

Cendana Kasih said...

gambo cendol ngan popia tu betul2 menyakitkan ati....huhuhu

zarina said...

saje nak sakitkan hati haha..kenduri anak sir salim

Nadhia Rosman said...

Salam, boleh saya tahu kumpulan marhaban tu dari area mana? Boleh minta contact no? Boleh sms / whatsapp ke no saya 0176146900 kalau tak keberatan. Terima kasih..

Related Posts with Thumbnails