Thursday, February 16, 2012

Menu Kitar Semula

Ada orang kata, orang yang biasa sakit selalu cepat baik, tapi orang yang jarang-jarang sekali sakit, bila sakit....wah ...teruk nak baik. Mana satu pilihan anda?

Dah 3 tahun tak sakit, dah baik demam, sakit tekak tapi batuk tak reda-reda lagi. Sudah kali keempat ambil ubat, ada kurangnya tapi tak baik lagi. Tradisional, berpantang makan, refleksologi dah try..sikit lagi try akupuntur pulak ni. Tiap kali makan je dah mula batuk...cakap sikit pun dah batuk huhuhu. 3 tahun lepas pun dah pernah kena macam ni...tapi bila doktor cakap nak kena x-ray, 3 hari lepas tu terus baik..hahaha terkejut terus baik. Kali ni doktornya belum cakap lagi. Harap-harap cepatlah baik.

Opss mukadimah terpanjang. Biasanya majalah lama selalunya jual balik tapi hanya tajuk-tajuk yang menarik sahaja akan disimpan lebih lama. Misalnya RASA Mac 2007 ni, ceritakan tentang menu kitar semula yang menjimatkan kos. Bagaimana untuk mengelak pembaziran roti, mengguna semula lebihan nasi sejuk, mengolah kembali lebihan lauk, olahan semula bijiran dan kekacang,biskut lemau diadun baru dan segarkan semula sayur dan buah.

Makanan yang rasanya semua orang pandai kitar semula confirm nasi akan di transformer kan jadi nasi goreng esoknya. Kalau masa tu ada lauk sardin, lagi senang. Sardin hancur-hancurkan. Goreng bawang yang dari sardin tu. Pastu masuk nasi dan sardin. Dah jadi satu hidangan yang lain.

Bagi sesiapa yang suka makan McD tu dan fun fries tak abis. Esoknya kita goreng semula pastu masuk dalam lauk sardin. Atau pun goreng tempe, goreng semula fun fries tu, tumbuk cili kering dan bawang merah. Gorengkan sambal tu dan masuk tempe dan kentang tadi. Senang sahaja.

Itu stail saya memang ringkas habis. Kalau dalam majalah Rasa ni punya resepi:

Serunding Daging:

Lebihan daging masak rendang

Gula secukup rasa

Cara:

Siat semua daging dan asingkan daripada serdak rendang. Kemudian masukkan dalam kuali dan tambah sedikit gula. Keringkan di dalam kuali sehingga daging benar-benar kering dengan api yang perlahan. Sedia untuk dihidang.


Nuget Coklat

80gm kacang tanah telah lemau

100gm biskut raya telah lemau

100gm biskut marie

100gm milo

80ml susu pekat manis

50 gm kismis

50 gm nestum

Air suam jika perlu

Cara:

Kacang tanah dikisar hingga hancur. Biskut raya dan biskut marie dihancurkan atau ditumbuk. Campurkan biskut dan kacang tanah bersama milo, susu pekat manis dan kismis. Tambah sikit air suam jika adunan tidak melekat. Gaul sebati. Kemudian kepalkan adunan bulat-bulat seperti guli kemudian salutkan dengan nestum. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Selamat mengitar semula.

5 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

bagus ler idok ler membazirkan..

Cendana Kasih said...

hahahaa.... kitar semula makanan?? bagus jugak majalah tu kan...

boleh tak kitar semula barang2 expired?? hahaha

zarina said...

barang2 expired boleh la kitar semula jadi baja..kasik pokok vanila ko makan..hehehe

NJihe.am said...

para chef selalu fikirkan resepi baharu terhadap bahan2 mentah yg x digunakan sbl tarikh luput... http://studioous.blogspot.com/

Hana Fikri said...

Salam. Boleh tolong email saya page daripada majalah ini yang memaparkan temubual tentang daging salai? Please? I really need it. Thank you.
farhanafikri@ymail.com