Thursday, February 2, 2012

Perginya Seorang Sahabat

Nabi s.a.w bersabda: ‘Perumpamaan berkawan dengan orang baik dan berkawan dengan orang jahat, tak ubah seperti berkawan dengan penjual minyak harum atau dengan tukang tiup api di bengkel tukang besi. Jika berkawan dengan penjual minyak harum, adakalanya engkau diolesi minyak harum atau engkau membeli daripadanya atau setidak-tidaknya engkau dapat tercium bau harum. Dan jika berkawan dengan peniup api di bengkel tukang besi, adakalanya pakaianmu bisa terbakar atau setidak-tidaknya engkau tercium bau busuk,” (Sahih Muslim Jil.4)

Kehilangan seorang sahabat pada hari Sabtu yang lalu kerana jangkitan kuman di otak. Mengenalinya sejak zaman sekolah rendah dan cuma rapat dalam setahun ni. Rakan joging setiap minggu... ermm sebenarnya berjalan je pusing taman. Lepas tu dia mesti bawa kat tempat makan sedap-sedap. Roti canai garing, roti canai dengan kuah sardin, roti nan, nasi lemak. Macam sia-sia je joging rasanya. Kitaorang saling berganti-ganti belanja.

Masa terawih tahun lepas selalunya berjanji sama-sama. Cop saf kedua di kanan. Kalau tak ada tu maksudnya tak bolehla. Selalunya mak cik-mak cik di saf pertama.

Peminat Ikim FM dan Dr Muhaya. Selalu suruh saya dengar slot pukul 7 pagi hari Sabtu tapi saya tengok drama Korea tv8. Selalu penuh dengan kata-kata motivasi dan dia akan sampaikan apa yang dia dengar tu kepada saya.

Ketika kontrak GSTTnya tamat tahun lepas...dia rasa sedikit kecewa tambahan pula rayuannya ditolak. Pernah mengadu di dalam akhbar Utusan. Saya pun tak boleh buat apa, cuma beritahu ke mana perlu dihantar surat tu.

Baru sahaja menyambut hari lahir pada 13 Jan yang lalu dan saya sempat mengucapkan, “Selamat hari lahir, semoga dapat apa yang diidamkan.” Katanya teringin nak buat umrah. Ketika itu kami sama-sama menghadiri kelas agama. Ustaz yang mengajar mengatakan, doa seorang rakan makbul lebih-lebih lagi kalau orang itu tidak mengetahuinya. Sejak dari itu, kalau kitaorang jumpa je mesti dia tanya, “ Dah doa untuk aku?” sambil gelak-gelak.

Berita mengejutkan mengambil masa untuk menerima. Hari Khamis dimasukkan ke ICU dan terus tidak sedar sehinggalah menghembuskan nafas terakhir pada hari Sabtu.

Al-Fatihah buat Hafinaz.

1 comment:

IdaShazana said...

al-fatihah jua utk rakanku