Saturday, March 24, 2012

Kota Belanda

Imperialisme, iaitu dasar perluasan kuasa. Sesebuah negara menguasai politik atau ekonomi sesebuah negara yang lain. Istilah mudahnya penjajahan. Kuasa Barat mula keluar untuk menjajah kerana faktor-faktor ekonomi, motif politik serta kekuasaan dan prestij.

Sejarah pastinya penuh dengan tarikh-tarikh yang membuatkan kita berasa bosan sebab susah nak hafal lainlah kalau kita memang ada masa tu dan mengalaminya. Ada sesetengah orang kata tak payah hafal tarikh, tau cerita dah cukup tetapi tarikh memang penting untuk kita ketahui kronologi sesuatu peristiwa. Berikut merupakan peristiwa yang berkaitan dengan Belanda.

1602 – Kerajaan Belanda menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda atau Vereenigde Oost – Indische Companie (VOC).

1641-Melaka ditawan oleh Belanda. Penguasaan Belanda di Melaka berterusan hingga 1824.

1651-Orang Belanda dibunuh di Perak. Belanda bertindak balas dengan menyerang Perak dan Acheh.

1765-Suatu perjanjian diadakan antara Belanda dengan Perak yang memberi Belanda kuasa monopoli ke atas perdagangan bijih timah Perak.

1799-Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C) dimansuhkan oleh kerajaan Belanda.

Kota Belanda asalnya dibina oleh Belanda pada tahun 1670 sebagai gedung untuk menyimpan bijih timah yang diperoleh dari negeri Perak. Kota ini terletak di sebuah perkampungan nelayan yang dinamakan Kampung Teluk Gedung. Satu perintah telah dikeluarkan dari Betawi (Pusat Pentadbiran Syarikat Hindia Timur Belanda) untuk mendirikan gedung daripada kayu.

Pembinaan ini dipersetujui oleh Perak kerana pada masa yang sama terdapat khabar angin yang menyatakan kerajaan Siam akan melancarkan serangan ke atas Perak. Dengan terbinanya kubu tersebut maka ia merupakan satu kelebihan pada Perak bagi menghadapi serangan Siam. Sepuluh tahun kemudian tembok gedung tersebut telah digantikan dengan batu-bata. Tindakan Belanda memperkukuhkan gedungnya itu menimbulkan reaksi daripada orang-orang Melayu.

Pada tahun 1690, orang-orang Melayu di bawah pimpinan Panglima Kulup telah membinasakan gedung tersebut. Serangan ini mengakibatkan ramai daripada orang-orang Belanda terbunuh dan gedung itu telah ditinggalkan. Bagaimanapun tidak lama selepas itu pihak Belanda datang semula lalu memperbaiki dan mendudukinya semula.

Pada tahun 1743-1748, pihak Belanda menempatkan 60 orang askar termasuk 30 orang berbangsa Eropah di gedung ini bagi mengawalnya. Pada tahun 1784 pula Belanda telah membina sebuah lagi gedung berdekatan Sungai Perak. Berikutan itu pemerintah Belanda di Betawi mengarahkan supaya gedung yang lama itu ditinggalkan.


Akibat tiada penjagaan, gedung ini telah mengalami kerosakan sehinggalah pada tahun 1973 apabila pihak Muzium Negara memulihkan kembali gedung ini mengikut bentuk serta ukurannya yang asal.


Ramai pelancong asing datang awal pagi lagi.

Sumber: Arkib Negara

1 comment:

Chempaka Aziz said...

ada citer pasal FM ko kat blog