Sunday, April 29, 2012

Chicken Chop

Bapak saya suka Chicken Chop. Jadi untuk sambutan hari lahir hari ini tiada kek.

Resepi ni untuk kawan saya Meksu yang jenuh mencari sos perang tak jumpa-jumpa. Ha ni buat sendiri.

4 keping pangkal & paha ayam-buangkan tulang – kalau kat pasar orang tu boleh tolong potongkan kalau kita cakap nak buat chicken chop

Garam dan serbuk lada sulah

100 gm tepung gandum

30 gm tepung jagung

1 sudu besar tepung beras

160-180ml air

80 gm serbuk roti

Minyak masak

Cara:

Campurkan kesemua tepung dan tuangkan air secukupnya. Kacau hingga jadi adunan yang tidak bergentel. Ketepikan.

Ayam digaul dengan garam dan serbuk lada sulah. Perap selama 30 minit.

Celup ayam dalam adunan tepung dan salut dengan serbuk roti rata-rata. Goreng ayam dalam minyak panas. Pastikan api tidak terlalu kuat. Goreng hingga keperangan.

Sos:

2 sudu besar minyak masak

100 gm bawang besar-potong kecil

100 gm batang saderi-potong kecil

2 sudu besar mentega

2 sudu besar tepung gandum

500-550 ml air rebusan ayam

1 sudu besar herba itali – saya tak taruh pun

2-3 sudu besar kicap

Cendawan butang-hiris

Garam dan serbuk lada hitam dan saya tambah sekali sos lada hitam

Cara:

Goreng batang saderi dan bawang besar dengan minyak panas. Kacau hingga berbau kemudian kisar dengan sedikit air hingga halus. Ketepikan.

Cairkan mentega, masukkan tepung gandum. Kacau atas api perlahan hingga mendidih. Kemudian masukkan campuran bawang kisar tadi. Kacau selama 2 minit.

Tuangkan air rebusan ayam dan kacau hingga mendidih. Letak serbuk lada hitam, garam dan cendawan. Bubuh herba Itali dan kicap. Kacau hingga mendidih dan sos pekat. Siap.

Untuk visual yang lebih jelas sila beli buku ni.


Kentang lecek

Dah tak jumpa linknya tapi dari blog Indonesia.

3 biji kentang

1 sudu besar mentega

3 sudu besar susu segar

Lada hitam dan garam secukup rasa-saya tukar dengan lada sulah sebab takde la kentang tu nampak tompok-tompok hitam. Lagipun sos tadi dah ada lada hitam.

Cara:

Rebus kentang sehingga empuk. Saya suka rebus sekali dengan kulit-kulitnya jadi tak payah susah-susah nak kupas. Bila dah masak nanti lagi senang nak tanggalkan.

Bila dah empuk, lenyek. Campur mentega dan susu segar hingga kentang jadi lembut. Masuk lada sulah dan garam secukup rasa. Cedok dengan scoop aiskrim dan letak dalam bekas yang kecil-kecil macam kat k-f-c tu. Boleh dapat dalam 5-6 bekas. Taruh sos tadi atas kentang.


Coleslaw

½ cawan mayonis

1/3 cawan gula kastor

¼ cawan susu segar

¼ cawan buttermilk ( 1 sudu besar cuka campur dalam 1 cawan susu kacau dan biar 15-30 minit)-sepatutnya teksturnya akan jadi pekat dan hampir menyerupai dadih. Tapi dah dua kali buat tak jadi pun macam tu, susu tu still sama, so saya tak ikut ukuran tu, bantai je janji dia pekat sikit. Jadi jugak coleslaw ni.

2 ½ sudu besar jus lemon – susah nak cari kat sini, so tak taruh

1 ½ sudu besar cuka

½ sudu kecil garam

1/8 sudu kecil lada sulah

1 biji kobis-parut dan toskan airnya

1 batang lobak merah saiz sederhana-parut dan toskan airnya

2 sudu besar bawang yang dipotong dadu

Campur je kesemuanya. Simpan dalam peti ais semalaman dan akan dapat rasa ala k-f-c tapi rupa out sikit sebab terlebih carrot tu yang jadi warna oren je dan lupa nak toskan dulu lepas parut. Saya buat separuh resepi dan dapat lebih kurang 4-5 bekas kecil tu. Resepi asal di sini.

Saturday, April 28, 2012

Cuba Memakai Kasut Orang Lain-ini bukanlah iklan kasut

Alih bahasa daripada peribahasa omputih, kita selalu disuruh cuba memakai kasut orang lain supaya lebih memahami orang tu. Cuba untuk memahami kenapa dia bersikap begitu, kenapa dia bertindak begitu. Dan selalunya membuatkan kita sedar, ohhh..baru tau kenapa dia buat macam tu.

Tapi sesetengah perkara tu walaupun dah cuba memakai kasut orang tu, tetap saya tak boleh terima juga.

Kasut yang sungguh selesa

Rasa macam baru semalam mengundi. Politik tak berkesudahan. Panjang benor siri ni sama panjang ngan sinetron. Boleh tak dalam setahun biar relax..aman dan sentosa..buat kerja masing-masing..tenang-tenangkan diri..suruh berHIMPUN tak nak pulak