Wednesday, April 25, 2012

Buku Yasin


Setiap kali Hari Keputeraan Sultan Perak, dapat Yasin. Setiap tahun berbeza-beza. Kali ni, lain daripada biasa. Di dalamnya turut berwarna-warni menandakan baris bawah, baris atas, berapa harakat, sebutan tebal dan ada kod warna disediakan. Mulanya susah juga nak baca, sebab warna-warni tu..lepas tu dah boleh ikut dah.

Perasan tak kebanyakan buku Yasin tak ada terjemahan doa yasin. Sebelum ni masa kelas, ustaz tu terangkan terjemahan doa tu.. saya pun idak la salin sangat sebab ingatkan boleh rujuk balik dekat rumah. Cari punya cari, tak ada rupanya, kena google la pulak. Tapi dalam buku Yasin yang ni ada terjemahan doa yasin juga. Saiznya lebar dan tulisannya besar, senang nak baca.

Surah “Yaa Siin” terdiri dari 83 ayat.

Isi utamanya:

1)Keimanan:

Bukti-bukti adanya hari berbangkit; al-Quran bukanlah syair; ilmu, kekuasaan dan rahmat Allah; syurga dan sifat-sifatnya yang disediakan bagi orang-orang mukmin; mensucikan Allah dari sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya; anggota badan manusia menjadi saksi pada hari kiamat atas segala perbuatannya di dunia.

2) Kisah:

Kisah utusan-utusan Nabi Isa a,s dengan penduduk Anthakiyah (Syam)

3) Dan lain-lain:

Tidak ada faedah peringatan bagi orang-orang musyrik; Allah menciptakan segala sesuatu berpasang-pasangan; semua bintang-bintang di cakerawala berjalan pada garis edar yang telah ditetapkan Allah; ajal dan hari kiamat datangnya secara tiba-tiba; Allah menghibur hati Rasulullah SAW terhadap sikap kaum musyrikin yang menyakitkan hatinya.

Sumber: Al-Quran dan Terjemahannya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails