Thursday, May 31, 2012

The Orange Cat



OC berusia kira-kira 6 tahun. Kalau dibandingkan dengan umur manusia 40 tahun umurnya.  Gigi pun banyak dah takde. Memang nampak tua dah. 

 Asalnya jumpa di pasar malam. Tak reti bermanja, kalau nak makan dia akan gigit..ala-ala manja tapi kita yang takut. Mungkin sebab mak dia tak ada jadi tak boleh nak mengajar adab sopan seekor kucing gamaknya. Masa duduk kat apartmen, lagi OC ni tension sebab orang lain pergi kerja dia duduk seekor-ekor. Duduk apartmen tak boleh bela kucing, jadi memang dia kena kurung je kat rumah tapi dia pandai membuang dalam bilik air.

Sesekali bila nampak pintu terbuka, berdesup dia keluar. Masalah bila dia keluar ni selalu buat malu kami. Ada sekali tu dia boleh panjat sampai ke tangki air tingkat atas.  Terpaksa kami selamatkan. Sekali tu nampak dia melenggang lenggok keluar dari bilik air rumah jiran depan. Itu tak lain tak bukan mesti dia membuang di rumah jiran. Apartmen kan sama je patern. Tak berani nak tanya jiran.

Bila berpindah ke rumah teres, baru senang hati Si OC ni, keluar masuk rumah je. Tapi tak abis lagi buat malu tuannya. Dia boleh naik kat beranda rumah kosong dua tingkat. Pastu tak boleh turun.  Terpaksa selamatkannya. Tangga dah habis tinggi, tapi memandangkan saya tak berapa tinggi, tak bolehlah nak capai. Walaupun goncang fris-kies dalam botol berkali-kali dia duduk je kat tepi tu. Waduh-waduh dekat setengah jam nak nego ngan dia. Memandangkan time orang balik kerja, ramai juga yang dok lalu lalang tengok drama menyelamatkan kucing. Siap senyum-senyum lagi. Rasa nak menyorok dalam paper bag. Nasib baik dapat juga selamatkan. Bikin malu je OC ni. 

Kelebihan OC ni sebagai pengganti ayam berkokok. Dia akan mengiau  dengan kuatnya suruh sembahyang subuh seawal 5 pagi lagi. Sebenarnya dia nak makan..hehe..tak boleh tahan dengar suara nyaring. Kalau masa puasa mesti OC seronok sebab tuan dia akan bangun awal, tak payah kejutkan lagi.

Kami sentiasa bersamamu OC walaupun kian memanjat usia.

Wednesday, May 30, 2012

Mydin Mall Meru Raya,Ipoh.

 
Baru dibuka awal Mei. Mydin terbesar di Malaysia katanya.  Macam-macam ada kat Ipoh sekarang ni. Jusco station 18 pun baru buka hujung Mac haritu. Ini pun ada ter...  ter...  jugak. Lupa. Sekarang dikenali sebagai Aeon.
 
Sesiapa yang nak pergi Mydin ni kalau dari arah KL, masuk susur Jelapang naik jejambat dan terus ke kanan. Arah ke Chemor. Sampai lampu isyarat belok kiri dan terus sehingga nampak bangunan pejabat  yang belum berpenghuni.  Kalau dari arah KK naik susur Jelapang dan di sebelah kiri.

Teringat masa di KL dulu tahun 97 atau 98 Mydin Jalan TAR  tempat shopping favourite sebab murah, Pernah beli jam kat situ, RM20 je dan cantik. Setahun setengah tahan tapi hayat tak lama sebab hilang masa rumah banjir. Sejak warga asing memenuhi Mydin ni, terus tak rajin shopping sini. Dahlah sempit, berlaga-laga dengan deme pulak... paling ramai, ABangLa..tak tahan.


Bila Mydin Subang Jaya buka, pergi jugak kat situ tapi setiap kali datang mesti penuh tempat letak keretanya.  Kat Meru ni nampaknya tempat letak keretanya luas, surau pun luas, tempat boling pun ada tapi tak tau dah beroperasi atau belum,  bahagian jual buku pun nampaknya banyak buku-buku baru dari PTS, Karangkraf dan Utusan. Akhirnya terbeli jugak buku lagi. Beli kat pesta buku haritu pun tak habis lagi.

Meja VIP

 
Selain meja pengantin, meja untuk VIP juga penting kerana saudara -mara rombongan pengantin yang datang bertandang akan duduk di situ. Mak dan bapa pengantin pastinya duduk di meja pengantin. Di meja VIP juga makanannya istimewa berbanding tetamu biasa.  Biasanya dua  atau tiga meja disediakan untuk rombongan yang datang.  


 
Cenderamata untuk tetamu VIP ini juga berbeza dengan tetamu biasa. Jom kita lihat apa yang ada dalam goodie bag ni.


Bunga pahar, muffin, coklat, gula-gula, kek, sapu tangan dan bakul dari surat khabar. Sesuai sekali untuk makan dalam perjalanan balik nanti. Kalau tetamu biasa dapatlah muffin yang di dalam kotak aja. Bila kita sediakan meja VIP ni juga, senanglah nak bagi goodie bag sebab semua rombongan duduk di satu tempat yang sama.

Perjalanan mencari keredaan Allah – Umrah 30 Nov hingga 10 Dis 2017 (Bahagian 1)

Memandangkan giliran mengerjakan haji berpuluh tahun lagi, eloklah jika kita dapat mengerjakan umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup...