Thursday, May 31, 2012

The Orange Cat



OC berusia kira-kira 6 tahun. Kalau dibandingkan dengan umur manusia 40 tahun umurnya.  Gigi pun banyak dah takde. Memang nampak tua dah. 

 Asalnya jumpa di pasar malam. Tak reti bermanja, kalau nak makan dia akan gigit..ala-ala manja tapi kita yang takut. Mungkin sebab mak dia tak ada jadi tak boleh nak mengajar adab sopan seekor kucing gamaknya. Masa duduk kat apartmen, lagi OC ni tension sebab orang lain pergi kerja dia duduk seekor-ekor. Duduk apartmen tak boleh bela kucing, jadi memang dia kena kurung je kat rumah tapi dia pandai membuang dalam bilik air.

Sesekali bila nampak pintu terbuka, berdesup dia keluar. Masalah bila dia keluar ni selalu buat malu kami. Ada sekali tu dia boleh panjat sampai ke tangki air tingkat atas.  Terpaksa kami selamatkan. Sekali tu nampak dia melenggang lenggok keluar dari bilik air rumah jiran depan. Itu tak lain tak bukan mesti dia membuang di rumah jiran. Apartmen kan sama je patern. Tak berani nak tanya jiran.

Bila berpindah ke rumah teres, baru senang hati Si OC ni, keluar masuk rumah je. Tapi tak abis lagi buat malu tuannya. Dia boleh naik kat beranda rumah kosong dua tingkat. Pastu tak boleh turun.  Terpaksa selamatkannya. Tangga dah habis tinggi, tapi memandangkan saya tak berapa tinggi, tak bolehlah nak capai. Walaupun goncang fris-kies dalam botol berkali-kali dia duduk je kat tepi tu. Waduh-waduh dekat setengah jam nak nego ngan dia. Memandangkan time orang balik kerja, ramai juga yang dok lalu lalang tengok drama menyelamatkan kucing. Siap senyum-senyum lagi. Rasa nak menyorok dalam paper bag. Nasib baik dapat juga selamatkan. Bikin malu je OC ni. 

Kelebihan OC ni sebagai pengganti ayam berkokok. Dia akan mengiau  dengan kuatnya suruh sembahyang subuh seawal 5 pagi lagi. Sebenarnya dia nak makan..hehe..tak boleh tahan dengar suara nyaring. Kalau masa puasa mesti OC seronok sebab tuan dia akan bangun awal, tak payah kejutkan lagi.

Kami sentiasa bersamamu OC walaupun kian memanjat usia.

2 comments:

Cendana Kasih said...

banyak plak ko bela kucin kaler oren yer...hehehe....

hari tu balik dr kualer, aku, farisya dan rayyan kena sengat dengan sengkenit kucing..gamaknya main dengan kucing kat hotel dan rumah linda kot... farisya kena kat mata, aku dan rayyan kat telinga.. melalak anak2 aku sakit bila nk keluarkan benda tu...lepas peristiwa tu, kami tak berani dah nk pegang2 kucing...

zarina said...

Orang baru tu pasal sengkenit tu hinggap. Aku panggil cengkabuk, adik beradik la gamaknya tu ek

Related Posts with Thumbnails