Tuesday, May 22, 2012

Serdak Tumpi

Pasar Tani
Taman Sri Lambak, Kluang.

Sedap makan masa tengok secret circle. Krup krap!

Sebenarnya tak tau nak definisikan apa benda ni, serdak ke reja-reja tumpi.Kiranya lebih-lebih tumpi tu. Dalam peket mestilah pack tumpi yang elok bentuknya, jadi adalah lebih yang pecah-pecah tu. Tak sangka pula yang ni pun boleh dijadikan perniagaan. Singgit je. Satu peket tumpi RM3.50 kalau rasa mahal, baiklah beli yang singgit ni. Sama je rasanya.

Saya memang suka makan tepung, masa keck bila mak buat karipap. Selalu curi doh tu. Mak kata jangan makan banyak nanti sakit perut. Sekejap je ingat, bila mak tak nampak, curi lagi. Sebenarnya sampai besor pun still makan lagi tapi tak keraplah. Kalau inti dah habis dan tinggal dohnya aja, potong kecil-kecil pastu goreng. Tapi selalunya inti yang lebih, buat lauklah seterusnya.
Kalau beli goreng pisang pula, selalu suruh orang tu taruh serdak-serdak tepung tu banyak-banyak. Sedap dan rangup. Masa buat singapore pai pulak, kalau adunannya dah tinggal sikit dan dah malas nak buat, biasanya goreng je macam buat peyek tu. Sedap kalau buat nipis-nipis, rangup je.




No comments:

Related Posts with Thumbnails