Saturday, June 2, 2012

Jubli


Penggunaan perkataan jubli hanya selalu kita nampak untuk menunjukkan nama tempat seperti Dewan Jubli Perak . Orang dulu-dulu pula selalu guna untuk menunjukkan berapa tahun usia perkahwinan. Kalau cakap je jubli emas mesti dah tahu berapa tahun yang dimaksudkan.  Sama seperti kita menggunakan dekad, kita dah tahu maksudnya 10 tahun. Dulu-dulu saya selalu confuse abad dan dekad yang mana 100 yang mana 10. Buat formula sendiri, huruf a maksudnya 0. Jadi ada dua 0 dalam abad maksudnya 100 lah jadi satu lagi mesti dekad. 

Sama macam jintan manis dan jintan putih. Yang tu pun ada formula sendiri macam mana nak kenal.  Jintan manis lagi besar dari jintan putih. Selalu bila makan manis, boleh jadi gemuk, kan. So senang je nak ingat rupa jintan manis tu mestilah yang lebih besar . Tak faham?? Hehe janji sendiri faham sudah.



Ok, kalau mengikut kamus dewan, Jubli bermaksud perayaan untuk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa seperti hari perkahwinan, hari pertabalan raja, dan lain-lain.

Jubli Perak - perayaan memperingati ulang tahun yang ke-25
Jubli Emas - perayaan memperingati ulang tahun yang ke-50
Jubli Intan - perayaan memperingati ulang tahun yang ke-60


3 comments:

kuding-kuding ayah & ibu said...

kalau 10 tahun..jubli apa?

zarina said...

tak dpanggil jubli.. 10 tahun, dekad

Anonymous said...

Klau dh 10 tahun,tu mau tambah is3 lg mahhh....wuaaahhhhhh....

Related Posts with Thumbnails