Friday, June 29, 2012

A Lock of Love

Stesen Myeong-Dong (subway line 4 – Exit 3) -- > bas cable car --- > cable car -- > N Seoul Tower
Kalau baca dalam blog orang lain, ada yang jalan kaki dari stesen, naik bas dan teksi. Baru sahaja nak naik teksi, tiba-tiba bas pendek tulis cable car berhenti depan mata. Alhamdullillah, free. Siap dapat tisu lagi. Driver ni tiba-tiba tunjuk dekat stereng  pastu goyang-goyang kepala. Ha??? Tunjuk depan lagi pastu goyang kepala sambil ketap gigi , grrrr.. Oh nak tanya air cond tu sejuk ke tak. Hahaha

Kereta kabel KRW 8000( RM22.40)dua hala.

Bas cable car warna hijau kuning.

N Seoul Tower


 
A Promise For Endless Love “I Love You”. Pada zaman dahulu ada diceritakan jika pasangan kekasih yang berhajat untuk memperoleh sesuatu di Nam-san (Mt. South) yang dianggap tempat keramat,  ia akan menjadi kenyataan. Sejak dari itu, Nam-san menjadi tempat untuk pasangan meluahkan isi hati di atas mangga kunci dan menggantungkannya di ‘pokok-pokok’ dan pagar yang disediakan sebagai simbol percintaan yang kekal selama-lamanya. Ia turut bermaksud meluahkan cinta di tempat yang tidak dapat dilupakan  iaitu tempat di mana kita boleh melihat pemandangan Seoul. Kini, N Seoul Tower menjadi ikon cinta dan persahabatan antara keluarga dan sahabat. 


Pernah menjadi lokasi untuk Amazing Races, tak ingat musim ke berapa.


Masa nak balik tunggu bas kereta kabel yang sama tapi tak nampak-nampak. Ada mak cik ni suruh tunggu kat depan bus stop. Nampak je bas datang terus tahan dan bas  dengan tambang KRW 1000 (RM2.80) lalu di subway Chungmuro.

No comments:

Related Posts with Thumbnails