Thursday, July 12, 2012

KURSUS MARA SHAH ALAM 19-21 Jun

 Tajuk perkaranya: Kursus Peningkatan Dalam Pembuatan dan Pembungkusan Coklat, Kek dan Biskut Secara Komersial. Gitulah panjang tajuknya. Berpadananlah kursusnya selama 3 hari dari pagi hingga ke petang di Chef Amer Academy, Klang. Kawan yang kerja Mara memberi tawaran. Bayaran RM100 aje, yang lain Mara bayar. Haruslah bersyukur kerana dapat peluang ni. Macam tak percaya pulak. Biasanya kursus yang 5 jam pun kurang-kurangnya RM120 yang hands-on. Sebelum ni, Roxette, kawan yang duduk Klang ni memang selalu ngajak pergi belajar ke sana maklumlah rumah dengan akademi ni dekat bebenor ... merangkak pun boleh sampe katanya. Ajenya ya, memang sampe tapi larat ke nak merangkak cam jung on tu hehe..Sungguh susah nak dapatkan chef ni kerana sibuk memanjang, dekat 2 tahun tu nak dapatkan chef ni.

 Hari Pertama Hari Coklat. 
Sudah semestinya mengenal rasa coklat terlebih dahulu, yang mana coklat tulen (couverture) dan mana coklat tiruan (compound)
Keluarkan segala gajet yang ada.

Pakai transfer sheet

Tada ... inilah hasilnya.
Gianduja truffle. Sesiapa yang beli Saji boleh tengok resepinya dalam tu. Tak ingat bulan bila tapi adalah. Cara makan truffle ni kena kemam untuk menikmati rasanya. Biar rasa atas lelangit.
 Hari Kedua Hari Biskut.
Chef berbesar hati  masak roti john untuk kami sarapan. Memandangkan sebelum ni ada cerita-cerita pasal roti john. Resepi dah dapat tapi belum cuba lagi.

Sedap!

 “Pernah rasa serai tak?” chef
“Dah masak pernahlah.”
“Macam mana nak masak kalau tak tau bagaimana rasa bahan2 tu dahulu?” chef
“OOOO” 
Kelmarin, saya merasa butter flavour konon-konon mengikut saranan chef tulah.. Eee, apalah tak sedap pun, pahit je rasa, tapi taruh juga dalam doh tu..hehe. Hemm bila dah masak takde pun rasa tak sedap tu. 

Doh untuk 3 kumpulan
Teknik melambung untuk bagi  biskut rangup lagi
 Hehe takdelah main-main je.
Biskut jenis terap
 Hari Ketiga Hari Kek
Ada 4 jenis kek yang dipelajari.  Setiap kumpulan diberi sebiji kek untuk dihias. Mujur ada pakar kek kat kumpulan ni. Yeay paling awal siap. Ada yang terkedu tidak terkata.

Baru-baru ni beli turn table dengan harapan ada semangat sikit nak praktis menghias. Minggu depan dah nak puasa la pulak, tak larat nak makan kek, harap-harap tak jadi gajah putih nanti.

German Black Forest Cake

Group foto.  Bersama hasil-hasil yang telah dipelajari untuk dibawa balik. Memang banyak, ramai yang dapat merasa

Penyampaian sijil dan amanat dari Mara

Bengkel 2 jam bersama Chef Amer sebelum ni pun dah banyak ilmu yang diberikan, inikan pulak 3 hari, memang macam-macamlah yang dipelajari bukan setakat masak-memasak sahaja. Terima kasih Chef Amer yang tak kedekut ilmu.  

Thanks to Cik Huraizah dan kakitangan Mara Shah Alam yang lain, tak sempat nak berkenalan.

10 comments:

IdaShazana said...

saya yang kononnya pakar kek dtg melawat.
teringat adik2 manis ari tu

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

zarina next time ajak saya tau, murah dan dkt pulak dgn rumah saya tue...

IdaShazana said...

apa le kabo tembun agaknya

zarina said...

BSB: Insya-allah..rujuk2lah juga kat mara yang terdekat, kadang2 derang dah ada jadual untuk setahun.

Ida: aik rindu nampak?

Anonymous said...

next time klu ade lg , tlg bg thu sy boleh ?? trime kaseh , nk sgt follow nie , aapply for mara , but permohonan da tutup ari tuh ,

zarina said...

Kena check dengan pejabat mara yang terdekat selalu..Mungkin sekarang pun dah ada jadual untuk 2013 ni. Boleh juga check di pejabat Institut Usahawan Bumiputera di Kompleks Pertama, hnmm tingkat 12 rasanya, keluar lif dah boleh nampak dah. Haritu plannya nak buat kursus roti tak taulah jadi ke tak. Ada yang percuma dan ada yang bayar.

Anonymous said...

susah nk dpt kursus kat mara ni...

syafieza stelleto said...

Ad lg x kursus ni

syafieza stelleto said...

Ad lg x kursus ni

zarina said...

kena semak dengan pejabat mara yang terdekat

Related Posts with Thumbnails