Thursday, July 19, 2012

Laksa Pokok Limau

Sebenarnya kawan-kawan memang dah ramai yang cakap Laksa Pokok Limau ni best, tapi dalam kepala bayangkan, alah sama je dengan laksa-laksa yang ada di kuale ni. Kat Kuala Kangsar, ni laksanya pun dah bermacam-macam nama, biasanya berdasarkan nama orang yang buatnya atau nama tempatnya. Laksa Pak Ngah, Laksa Kalam, Laksa Lubuk, Laksa Talang, Laksa Buyong (antara Kuala Kangsar ke Taiping) dan macam-macam lagi. 

Laksa Pokok Limau ni terletak di Kota Lama  tak jauh dari pekan KK , tak pernahlah pergi dan tak pernah nampak pun ada kedai ni walaupun letak di tepi jalan. Tapi bila keluar dalam rancangan Jom Terokai Perak dan nampak Maria-Tunku-Sabri ni makan sedap bebenor rupanya, huisy dari sehari ke sehari nak cuba. Kalau dari pekan KK tu ikut jalan lama ke Ipoh, di sebelah kanan nanti nampak Rumah Anak Yatim Sultan Abdul Aziz, masjid baru, terus lagi nanti nampak signboard, jangan sampai lepas ke jambatan pula, jauh dah tu.

Special, Laksa Telur Goreng. 
RM2.80
Waktu operasi: 10.30 pg-7 ptg.
Jumaat tutup.


Biasanya orang pilih laksa kerana kuahnya, ada yang suka pekat, ada yang suka cair. Saya pula tengok laksanya, tak kiralah kuahnya macam mana. Saya suka laksa tepung gandum dan kurang suka dengan laksa tepung beras yang licin je rupanya tu. Tu pasal luar kuala tak pernah beli laksa atau  makan laksa. Kecuali kalau ada orang hidang, takkanlah nak menolak pulak, sian orang tu penat-penat buat.

Jemput makan!


6 comments:

Cendana Kasih said...

dekat rumah Niz ke kedai laksa ni? nanti kalo datang KL, aku bawak ko makan laksa kat UKM, Laksa Redup Rimba...sedap...terbaek la kat KL ni...sbb kuah dia pekat giler...tp biasa la, laksa tepung beras...hehehe...
kat KL ni takde la plak laksa telur mata macam kat Kualer tu...takpe la, nanti aku buat kedai, sure aku buat...hehehe...

zarina said...

rumah niz tu pun tak tau kat mana, tapi rumah roxette tu depan lagi je la
kalau ko nak bawak aku, kenalah aku bawa bekal laksa tepung gandum dari sini :)

Cendana Kasih said...

laaaaa.... kome kan satu kelas? umah Niz pun tak tau.... hahaha....

zarina said...

aku kera sumbang masa tu :)

Qashmere said...

Tak sangka femes jugak laksa ni. Saya baru pertama kali dapat makan laksa telur goreng ni semalam...

Memang sedapppp laksa nya kuah pekat.. saya suke..sedapppP!

Mohd Yussof Mahamud said...

mmg terbaek laksa pokok limau ni....
www.tcrbean.net

Related Posts with Thumbnails