Monday, July 2, 2012

Pulau Nami

Naik  subway dari Hongik Universiti (Line2) - - > Wangsimni  -- >Cheongyangini  (Jungang Line) --- > keretapi ITX --- > Gapyeong --  > naik teksi ke pelabuhan -- > naik feri ke Pulau Nami

Naik turun subway tukar keretapi. Jauh perjalanannya. Bila dah naik keretapi mula cuak bila tengok orang lain ada tiket. Kami pakai duduk sahaja sebab transfer dari subway. Arghh takpe, gunakan kuasa pelancong, kata tak tahu kena bayar. Tiba di stesen Cheongpyeong, orang keretapi minta tiket. Kami cakap transfer from subway, no ticket. Dia dok belek-belek telefon, tengah tengok dictionary kot. Dia kata kena bayar KRW 4000 (RM 11.20). Bayar kat situ. Keluar tiket siap ada nombor tempat duduk dari mesin yang macam orang TNB selalu check tu.   Fuh baru lega bila dah dapat seat.   Hahaha tak taulah macam mana sebenarnya, tak ada pun orang tahan masa bertukar dari subway ke keretapi.


Sampai stesen Gapyeong teksi dah banyak tunggu kat luar. Sekejap je sampai pelabuhan. Tiket feri pergi balik KRW 8000 (RM22.40). Dari jauh dah nampak bendera Malaysia di samping bendera Jepun, Thailand, Singapura dan Indonesia dikibarkan di feri dan pelabuhan. Mungkin sebagai penghargaan ramai pelancong dari negara tersebut yang datang ke sini. 5 minit sahaja dah sampai. Feri setiap 20 minit. 

 
Mereka menjadikan Pulau Nami seakan-akan sebuah negeri siap bendera dengan bulan dan bintang lagi sebagai simbol dan dikenali sebagai Republik Naminara. Pulau Nami bersempena nama Jeneral Nami, tokoh terkemuka dalam sejarah Korea. Tokoh yang gagah berjuang di dalam peperangan tapi meninggal dunia pada usia yang muda iaitu 26 tahun. Kuburnya terletak di sini. 

Hujan bermusim menukar tanah ini menjadi pulau dan pembinaan empangan Cheongpyeong menjadikan ia pulau selama-lamanya. Pada tahun 1965 beribu pokok ditanam oleh Mr Byeong-Do Minn. Barisan pokok-pokok yang indah sekali di sepanjang perjalanan. Memang tak sah kalau bergambar antara barisan pokok ni.


Galeri Winter Sonata - mengimbas kembali cerita tersebut. Drama yang membuatkan Hallyu di Malaysia.

Bae Yong Jun (Joon-Sang) & Choi Ji Woo (Yu-Jin)

Basikal masa sekolah

Terpaksa bergilir-gilir nak ambil gambar dengan monumen ni

Balik:
Teksi  -- > Stesen Gapyeong --) subway terus ke Sangbong transfer line 7
Masa nak balik baru nampak ada mesin subway tapi tak pasti boleh sampai ke tak nanti tempat yang nak dituju so ikut macam datang tadi. Beli tiket keretapi ITX di mesin. Lagi 10 minit keretapi nak sampai, sekali duit yang last tu sangkut terpaksa panggil orang yang bertugas.  Dia beri balik duit tapi dah tak sempat nak naik ITX. Try naik subway, pekerja subway tu kata boleh pakai T-Money M-Pass yang kami beli masa hari pertama lagi. Boleh guna ke mana-mana sahaja. Maksimum 20 kali perjalanan. Ceh buat rugi  duit je naik keretapi masa datang tadi. Ada hikmah duit tersangkut rupanya. Alhamdulilllah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails