Saturday, July 7, 2012

Tip untuk yang berjalan sendiri (Korea): Bahagian 3

  1.    Subwaynya meriah dengan macam-macam jualan, kedai cd, baju, kasut, cenderamata, barang solek.


Kedai buku ni bersambung dengan laluan subway tapi bukunya mahal. Selamat duit!

 2. Kalau naik keretapi baca buku panduan yang terdapat di poket hadapan kerusi. Boleh tahu apa yang ada dalam keretapi tu. Tempat cas (bawa international adaptor ke mana-mana sebab dalam keretapi pun ada plag dan senang juga kalau nak tumpang cas kat restoran), wifi dan radio juga ada di dalam ni.

1.     
3.       Di kawasan yang dipenuhi orang ramai seperti Insa-dong dan Nandaemun, kita boleh nampak  orang berbaju  merah yang bertanda ‘i’ dan bertopi. Kalau tak tau jalan boleh tanya mereka.  Mereka memang akan berjalan di sepanjang jalan tu. Kadang-kadang mereka yang tanya kita terus sebab nampak muka sesat kot.


 
4.  Sebenarnya huruf derang senang juga sebab tak banyak. Ada vokal dan konsonan. First tu 'se',  yang kedua 'ta'. 'bok? (lupa)'. Dia ikut eja dalam BI sama macam bahasa Thai. Siapa yang belajar Mandarin boleh cepat dapat sebab tulisan lebih kurang sama dengan Mandarin. Bukan semua tempat ada tulis bahasa Inggeris, jadi bila kita tau eja at least tau juga sekarang kita berada di mana.
Bus stop dan laluannya. Sepenuhnya hangul . So kalau kenal huruf sekurang-kurannya boleh baca walaupun kita tak faham makna. 223 pergi ke airport. 


   5.  Belajar bahasa. Perkataan yang sering digunakan, annyeong-haseyo, gamsa-hamnida, tapi jangan risau kalau tak tahu langsung, sampai juga tempat yang dituju walaupun hanya berbahasa isyarat.


    6. Bawa bekal buah kurma. Kalau rasa tak boleh tahan lapar, sementara nak cari kedai makan bolelah makan dulu sebagai alas perut.
7. Ambil teksi dekat tempat teksi. Jangan ambil teksi sapu. Ada sekali tu patutnya tambang KRW5000 tapi boleh pulak dia minta KRW50000. 

Thanks Cik Lea yang banyak menggoogle dari Malaysia sampai ke Korea.

2 comments:

Soul Lee Hin said...

daripada part 1, 2 hingga part 3. Saya dh baca. excited pulok nk pergi korea. :)

zarina said...

Silalah book tiket dari sekarang :)

Related Posts with Thumbnails