Friday, August 31, 2012

Bersyukur Saat Diuji


Tajuk: Bersyukur Saat Diuji
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim
Penerbit: Galeri Ilmu S/B, Kota Damansara PJ
ISBN: 978-983-097-351-7
Harga:RM 22 tetapi untuk pemegang kad POPULAR  dapat 20%. Saya suka pergi POPULAR kerana dapat potongan pada masa tu juga untuk semua barang, termasuk alat tulis.

Sinopsis:

Apakah sebenarnya yang dikatakan ujian buat manusia? Apakah tahap kemampuan yang dikehendaki apabila menghadapi ujian? Apakah kemudahan yang bakal diperoleh di sebalik kesusahan dan kesulitan.


Komen:  Buku ni dah lama beli sebelum puasa lagi. Dah raya ni baru free sikit nak membacanya. Sebenarnya dah tahu lama pasal buku ni, dari Pesta Buku Antarabangsa 2012 lagi dah cari. Diperkenalkan oleh makcik sebab makcik selalu ikut blognya. Hari pertama pergi, sold out. Pastu orang tu kata petang esok baru ada.  Pergi-pergi tapi tak sampai pun lagi. Sudahnya memang tak cari di mana-mana, lupa terus dah.  Ni baru beli.

Buku yang menenangkan fikiran.  Sama seperti membaca blognya. Setiap perkara dikongsi dari hati. Di dalam ujian banjir, beliau boleh tersenyum lebar (dapat dilihat di dalam gambar yang ditangkap) walaupun kerugian yang dialami menghampiri RM100,000. Cuba bayangkan bagaimana kalau kita diuji sebegitu, rasanya tak boleh nak senyum macam tu, mesti banyak kekesalan yang timbul di dalam hati. Setiap perkara yang dilalui oleh beliau dihadapi dengan positif. Isi buku ini juga mengingatkan pada kita bahawa kita hidup di dunia ini tujuannya untuk beribadat kepada Allah.

Dan (ingatlah)Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu - adz-Dzariyat (56)
                                 
Ujian suka dan duka yang kita terima itulah yang menentukan sama ada kita semakin dekat dengan Allah atau semakin jauh daripada Allah.

Beliau juga merupakan suami kepada  Roza Roslan, penulis buku Bukan Sekadar Resepi.



Thursday, August 30, 2012

Selamat Hari Merdeka


31 Ogos 2012, 55 tahun sudah kita merdeka. Di dalam status fb seorang rakan sebelum ini,  ketika dia menyerahkan Jalur Gemilang kepada orang ramai sempena kempen kibarkan Jalur Gemilang, ada seorang pak cik ni menolak dan mengatakan dia menyokong parti X. Sedih!  Aik, parti pembangkang tak boleh kibarkan Jalur Gemilang ke? Bukankah dia rakyat Malaysia juga. Oh patutlah bendera parti lebih mengatasi Jalur Gemilang di kebanyakan kawasan.

Saya juga pernah mengalami situasi yang agak sama. Di dalam  satu acara nasional yang dihadiri, ketika pengerusi majlis meminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku. Orang di sebelah saya, dari gaya dan perbualan sebelum ini memang boleh agaklah dia parti mana. Tiba-tiba dia cakap, kalau nyanyi lagu U-M-N-O aku keluar dan dia ketawa. Tak lawak pun, dah jelas pun orang tu cakap lagu Negaraku. Bila orang lain menyanyi dia sibuk berbalas mesej di telefon. Berdiri tegak je pun tak boleh? Ish ish ish.  Tapi kawan serumah kawan saya lagi hebat. Masa tu saya tengah sembat baju sambil dengar radio. Kawan tu pun duduk lepak baca surat khabar. Pukul 12 tengah malam biasa dekat radio kan ada lagu Negaraku,  tiba-tiba dia suruh, “bangun!” “bangun!” Saya terpinga-pinga. Dia terus nyanyi lagu Negaraku sama-sama dengan radio tu. Err macam pelik sikitlah situasi masa tu, nak berdiri tiba-tiba pastu nyanyi. Saya terus menjahit. Respeklah kat Kak Zu. Dah lama tak jumpa dia.

Dalam keadaan sekarang ni yang ramai nak bercakap dan memberi komen di dalam laman sosial, peringatan dari editor Mingguan Wanita (bil 1493) ini harus diambil kira. Antara yang boleh dipetik, ‘sebagai  masyarakat yang sentiasa berbaik pakat dan meninggikan nilai-nilai murni, kita sepatutnya menjadi pendamai. Tulislah sesuatu yang kita rasakan salah atau tidak patut pada pandangan  kita itu dengan penuh rasa tanggung jawab agar kita tidak dinilai sebagai perosak budaya di masa akan datang. Dan bagaimana kita mahu orang lain menghormati dan memartabatkan bahasa dan budaya kita, jika kita sendiri tidak mempedulikannya.

 Apa yang kita kata, tulis dan niatkan itu akan dinilai di hadapan Allah kelak. Bagaimanakah kita mahu diri kita dinilai?'



Wednesday, August 29, 2012

Wali

Wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada ahli waris lelaki yang terdekat kepada pengantin perempuan.  Wali merupakan salah satu rukun dalam perkahwinan. Syarat sah menjadi wali ialah:
  1. Islam
  2. Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun)
  3. Berakal - orang gila, mabuk dan orang yang sangat bodoh tidak sah menjadi wali
  4. Lelaki - orang perempuan tidak sah menjadi wali
  5. Adil
  6. Merdeka


Susunan wali mengikut tertib ialah:
  1. Bapa kandung
  2. Datuk sebelah bapa ke atas
  3. Saudara lelaki seibu - sebapa
  4. Saudara lelaki sebapa
  5.  Anak saudara lelaki seibu - sebapa
  6. Anak saudara lelaki sebapa
  7. Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa
  8. Bapa saudara sebelah bapa sebapa
  9. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah
  10. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
  11. Bapa saudara seibu - sebapa
  12. Bapa saudara bapa sebapa
  13. Anak lelaki bapa saudara seibu - sebapa
  14. Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah
  15. Bapa saudara datuk seibu - sebapa
  16. Bapa saudara datuk sebapa
  17. Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah
  18. Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
  19. Muktiq (tuan kepada hamba perempuan yang dibebaskan)
  20. Sekalian asabah kepada seorang muktiq
  21. Raja / sultan

Sekiranya wali pertama tidak ada, hendaklah diambil wali yang kedua dan jika wali kedua tidak ada hendaklah diambil wali ketiga dan begitulah seterusnya.
 
Sumber: ‘Bidang Kuasa Wali dalam Pernikahan’ oleh Ghafani Awang Teh  terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
 









Memandangkan akad nikah dalam bulan Syawal, jamuannya ala-ala rumah terbuka rayalah.
Semoga berkekalan hingga akhir hayat Naja & Nizam


Perjalanan mencari keredaan Allah – Umrah 30 Nov hingga 10 Dis 2017 (Bahagian 1)

Memandangkan giliran mengerjakan haji berpuluh tahun lagi, eloklah jika kita dapat mengerjakan umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup...