Tuesday, August 7, 2012

Kanji

Kala bulan Ramadan menjelma, makanan yang popular apalagi, bubur lambuk ataupun di tempat saya dipanggil kanji. Bulan Syaaban lagi dah kutip derma dan sesiapa yang nak memberi sumbangan dari segi tenaga dialu-alukan. Di sini kanjinya pukul 12 dah boleh ambil. Sesiapa yang ambil waktu zohor biasanya dah habis. Sabtu dan Ahad tiada kanji. Orang yang masaknya pun nak cuti.
Minggu pertama Ramadan, bapak ambil kanji 2 bekas letak kat  raga motor. Solat zohor dulu. Bila balik, kanjinya tinggal 1. Hek eleh, kanji pun ada orang curi. Jiran pulak dia ambil dua, lesap semua. Biasa kalau dekat pasar raya ada peringatan ‘jangan tinggalkan barang berharga di dalam kenderaan’, kan. Kalau bulan puasa nampaknya kanji merupakan barang berharga.

Kanji sedap dimakan dengan kerabu toge (tauge) atau sesetengah orang sebut pencup. Baru dengar juga perkataan ni. Kalau mengikut kamus, pencup takde tapi kalau pencuk merupakan sejenis rojak daripada sayur-sayuran yang direbus dan dicampur dengan lada (gula, belacan dll).

Kalau ada ikan masin jeruk pun dah sedap atau telur masin je pun dah cukup makan dengan kanji ni. Biasanya kat sini kanji ikan bilis atau daging tapi hari ni special sikit, kanji ayam dan rasa kari dan kanji ikan. Dua-dua pun sedap.

Semalam, masa terawih lepas 8 rakaat tiba-tiba ada pengumuman “kereta xxxxxx cermin keretanya pecah”. Lepas terawih baru tau cerita, bukan satu kereta je kena pecah cerminnya, tiga. Ada yang hilang ipad dan telefon. Ish ish, bulan puasa ni, dekat masjid pulak tu. Bulan puasa, setiap kebaikan yang dilakukan pahalanya berganda, dan jangan lupa, kalau buat dosa pun dikira berganda juga. Kalau rasa diri kurang membuat kebaikan, jangan ditambah pula dosa yang sedia ada. Tetiba dari kanji masuk tazkirah pulak hehe.  Selamat berpuasa.


2 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

kat kg kami suka berbuka makan nasi ulam..sedapppp

zarina said...

betul, saya pun suka

Related Posts with Thumbnails