Monday, August 13, 2012

Kata Ganti Nama Diri Pertama – Bahasa Perak


Masa sekolah dulu, menggunakan ‘kita’ dan ‘kami’ untuk menyatakan ‘saya’.  ‘Aku’ tak pakai sebab bunyinya kasar. Kalau yang berperawakan ganas sikit tu yang selalu guna ‘aku’

Kalau orang yang veteran atau yang tak pernah merantau keluar dari Perak biasanya masih menggunakan ‘awak’ untuk menyatakan diri sendiri. Jika ikut kebiasaan, ‘awak’ merupakan kata ganti nama diri kedua tapi bila sampai Perak ia boleh jadi kedua-duanya sekali (ganti nama diri pertama dan kedua)

Baru-baru ni bersembang dengan mak cik ni, dia menggunakan ‘awak’ untuk membahasakan dirinya tapi bila dia menanya saya, dia pakai ‘awak’ juga. Mula-mula tu bolehlah perasan ‘awak’ tu untuk ‘saya’ tapi makin lama bersembang, konpius jadinya. Ni nak tanya saya atau bahasakan diri sendiri. 
Contoh: Awak pun tak tahulah nak buat macam mana. (diri sendiri)
               Awak tahu ke? (orang lain)

Tadi bersembang dalam telefon, wah lagi konpius rupanya nak faham. Kalau berdepan tu boleh juga tengok gayanya. Sudahnya untuk mempastikan terpaksa saya tanya balik, ‘ha? Saya ke?”

Ni mesti orang Perak menyampah ni, perasan le tu orang KL, bahasa sendiri pun tak tau...haha

Satu lagi perkataan ‘teman’ juga untuk menyatakan diri sendiri. Pak cik saya pernah cerita, kelakar jugalah semasa dia bersembang dengan seseorang dari negeri lain. “Teman dari sana tadi, bla bla bla,”
Di waktu yang lain, bila Pak cik jumpa orang ni balik, dia kata, “Teman dari mana?” Haha dia ingat ‘teman’ tu nama Pak Cik kot.


No comments:

Related Posts with Thumbnails