Friday, August 10, 2012

Saya comel

Tahun ni saya beraya dengan opah Melaka jadi saya jumpa opah Perak dulu.


Saya dapat tengok kera.

Saya dapat tengok ayam.

Saya belajar sebut nama Tum Tum dan Bu Bu.

Saya baling botol-botol  kuih Mak Uda sampai Mak Uda pening kepala.

Saya  kemas satu rumah tapi atuk jeling-jeling. Mak Uda kata saya buat semak. Kemas dan semak tak sama ke? Kan hurufnya sama tu.

Saya tumpahkan Milo atuk.

Saya suka pergi dapur tengok opah masak.

Saya main lompat getah.

Saya pecahkan video game Wan Yang yang dah berpuluh tahun sampai dah takde bunyi.

Atuk kata saya tak makan saman. Tapi saya comel kan, kan, kan, kan?


Berhati-hati di jalan raya dan patuhi undang-undang di jalan raya. Jangan cilok-mencilok. Selamat Hari Raya!

 

No comments:

Related Posts with Thumbnails