Thursday, August 30, 2012

Selamat Hari Merdeka


31 Ogos 2012, 55 tahun sudah kita merdeka. Di dalam status fb seorang rakan sebelum ini,  ketika dia menyerahkan Jalur Gemilang kepada orang ramai sempena kempen kibarkan Jalur Gemilang, ada seorang pak cik ni menolak dan mengatakan dia menyokong parti X. Sedih!  Aik, parti pembangkang tak boleh kibarkan Jalur Gemilang ke? Bukankah dia rakyat Malaysia juga. Oh patutlah bendera parti lebih mengatasi Jalur Gemilang di kebanyakan kawasan.

Saya juga pernah mengalami situasi yang agak sama. Di dalam  satu acara nasional yang dihadiri, ketika pengerusi majlis meminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku. Orang di sebelah saya, dari gaya dan perbualan sebelum ini memang boleh agaklah dia parti mana. Tiba-tiba dia cakap, kalau nyanyi lagu U-M-N-O aku keluar dan dia ketawa. Tak lawak pun, dah jelas pun orang tu cakap lagu Negaraku. Bila orang lain menyanyi dia sibuk berbalas mesej di telefon. Berdiri tegak je pun tak boleh? Ish ish ish.  Tapi kawan serumah kawan saya lagi hebat. Masa tu saya tengah sembat baju sambil dengar radio. Kawan tu pun duduk lepak baca surat khabar. Pukul 12 tengah malam biasa dekat radio kan ada lagu Negaraku,  tiba-tiba dia suruh, “bangun!” “bangun!” Saya terpinga-pinga. Dia terus nyanyi lagu Negaraku sama-sama dengan radio tu. Err macam pelik sikitlah situasi masa tu, nak berdiri tiba-tiba pastu nyanyi. Saya terus menjahit. Respeklah kat Kak Zu. Dah lama tak jumpa dia.

Dalam keadaan sekarang ni yang ramai nak bercakap dan memberi komen di dalam laman sosial, peringatan dari editor Mingguan Wanita (bil 1493) ini harus diambil kira. Antara yang boleh dipetik, ‘sebagai  masyarakat yang sentiasa berbaik pakat dan meninggikan nilai-nilai murni, kita sepatutnya menjadi pendamai. Tulislah sesuatu yang kita rasakan salah atau tidak patut pada pandangan  kita itu dengan penuh rasa tanggung jawab agar kita tidak dinilai sebagai perosak budaya di masa akan datang. Dan bagaimana kita mahu orang lain menghormati dan memartabatkan bahasa dan budaya kita, jika kita sendiri tidak mempedulikannya.

 Apa yang kita kata, tulis dan niatkan itu akan dinilai di hadapan Allah kelak. Bagaimanakah kita mahu diri kita dinilai?'



2 comments:

abu idris said...

Kembalinya Khilafah adalah Kemerdekaan Sebenar Menurut Islam
ARRAYAH.INFO, Malaysia, 29 Ogos 2012 - Kemerdekaan yang sebenar menurut Islam adalah memerdekakan manusia daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.seterusnya...

zarina said...

terima kasih atas pandangan tersebut

Related Posts with Thumbnails