Sunday, September 23, 2012

Kuih Melayu




Tajuk: Belajar Buat Kuih Melayu Langkah Demi Langkah
Penulis: Zaine Haji Putih
Penerbit: Grup Buku Karangkraf S/B             Cetakan:  Pertama  2012
Harga: RM22
Muka surat: 195 halaman
 ISBN: 978-983-124-792-1

Sinopsis: Melalui buku ini, anda dapat mempelajari cara-cara membuat kuih Melayu secara langkah demi langkah agar lebih mudah dan berkesan. Terdapat 50 resepi kuih Melayu yang boleh anda cuba. Sebagai bonus kami turut menyediakan info-info berguna untuk setiap resipi.

Komen: Di kalangan orang tua-tua dulu turut dikenali sebagai kuih basah. Kuih yang biasanya ‘keluar’ masa bulan puasa. Sekarang ni dah banyak terbit buku masakan  langkah demi langkah, sesuai sekali untuk orang yang tak pandai masak. Gambar-gambar dalam ni pun jelas dan terang. Semua kuih ni pun memang dah biasa kita dengar.  Barulah tahu kuih koci macam tu buatnya. Ada juga cara buat karipap pusing, ohh memang berpusing-pusing buatnya, dulu-dulu  (80-an)rasanya mak buat pakai pastry majerin tapi yang ni tak payah  pakai pun tapi ada teknik pusingan. Walaupun kuih tradisional tetapi cara masakannya dimodenkan. Misalnya kuih lopes yang tidak menggunakan daun pisang tapi gunakan plastik. Nampak senang. 

Teringat sewaktu kemunculan Puteri Ayu /Apam Ayu sekitar 80-an. Masa tu memang semua orang buat sehingga sekarang popular dan masih kekal. Semua rumah (yang rajin masak le ya) mesti ada acu yang berwarna-warni tu.  Kalau kuih lain memang tak tau bila wujudnya. Beruntung juga dapat jadi saksi kemunculan apam ini. Ohh kalau dulu-dulu cara sesuatu kuih tu popular melalui rancangan masakan di tv atau majalah. Takpun saudara-mara yang duduk  KL lepas tu balik kampung pulak mengajar, mulalah meluas popularitinya. Taklah macam sekarang ni, dari dalam blog pastu seorang demi seorang buat, jangkit-menjangkit di dalam laman maya ni kemudiannya baru keluar majalah.

2 comments:

IdaShazana said...

ko nih...dh ngalahkn kedai buku

zarina said...

Abih nak beli handbag dr us atau jo-vi-an mcm kawan kita tak mampu, beli buku je la..hehe

Related Posts with Thumbnails