Wednesday, October 17, 2012

Rumah Terbalik




Terletak di Batu 21, Kg Talibong Tamparuli Sabah. Kalau dari KK hendak ke Jambatan Tamparuli akan nampak rumah ni di sebelah kiri, sebelum Shell.

 
Pernah melihat cerita rumah terbalik ni dalam Buletin Utama sebelum ini.  Jadi bila sampai sini terujalah nak pergi.
Kereta kancil      
 
Masuk-masuk dah nampak rumah yang atap di bawah dan lantai di atas. Kereta kancil di garaj juga dalam keadaan terbalik. 

Sebelum masuk ke rumah, kena palu gong dulu macam memberi salam kita nak masuk rumah. Ada petugas yang akan guide kita di dalam tu. Kisahnya rumah ini didiami oleh sepasang suami isteri bersama anak mereka yang berumur 9 tahun tapi semua itu hanyalah rekaan semata-mata.. hahaha orang beria dengar. 

Basikal dan pasu bunga


Sayangnya tak boleh ambil gambar di dalam. Nanti kena denda dan gambar kena delete. Ada ruang tamu, beranda, bilik dan dapur di dalam ni dan semuanya secara terbalik seperti peti ais, meja, sofa, kecuali dua benda iaitu air cond dan ?? (lupa). Yang paling berat adalah mesin jahit yang juga diletak secara terbalik. Benda-benda yang ringan semuanya dilekat dengan gam, benda berat pula dilekat dengan paku dan skru.

Baju yang disidai secara terbalik

 
Boleh tanya apa sahaja soalan kepada petugas itu tapi punyalah kagum tengok sampai lupa nak tanya kenapa buat macam tu. Last-last google sendiri balik. Biar wartawan yang bercerita sendiri.


Lawa tandasnya, mujur tak terbalik.

No comments:

Related Posts with Thumbnails