Friday, November 9, 2012

Sandakan

“Sandakan” is derived from the Suluk word “sanda” meaning, to pawn and “kan” being the suffix. So “Sandakan” means the place that was pawned. Who pawned it, and to whom, remains a mystery.

Kalau naik kapal terbang dari Kota Kinabalu 45 minit. Kalau naik bas 5-6 jam baru sampai. Uish masak, kematu dibuatnya. Dahlah jalan sana tak ada R & R dan keadaan berbukit.  Jadi tunggu sahaja promosi dan kadang-kadang lebih murah dari harga tiket bas.

Tinggal di pekan senang juga boleh jalan-jalan di kawasan sekitar.  Kat pekan juga memang banyak hotel, travel & tour.  Ada hypermall di sini dan biasanya orang beli hasil-hasil laut di pasar. Setiap hari Ahad ada pasar minggu.
Harbour Mall, baru buka, banyak lagi kedai yang belum beroperasi
Selingan Hotel, Lot 9, Block 14, Jalan Dua, Sandakan
  Walaupun nampak lama, tapi macam-macam ada, aircond, tv,wifi dan astro. Tapi astronya macam kat rumah. Ia dikawal di kaunter. Kalau kita nak tengok channel astro telefon saja suruh dia tekan. Kelakar juga sebab tiba-tiba ada cerita kartun pastu bertukar ke oasis. Tapi taklah dia tukar masa tu juga, kalau ada drama dia biarkan sekurang-kurangnya 1 jam dulu baru dia akan tukar. Kalau tak nak ada gangguan tengok sahaja tv biasa, rtm dan tv3.

Setiap Ahad ada pasar minggu, jalan kaki sahaja dari hotel


 
Dinner di Sails Cafe yang bertentangan dengan mall..  Waiter orang Melaka, baru berpindah ke Sandakan tiga  bulan sebab kahwin orang Sandakan. Punyalah peramah, tak taulah sebab dia seronok jumpa orang Semananjung atau memang jenis banyak cakap. Tapi orang Melaka memang peramah, kan? Sepanjang mengenali 3,4 orang rakan sebelum ni. Bagus! ‘Campak’ kat mana-mana pun tak jadi hal..hehe 

Mi goreng mamak tapi bukan mamak la goreng so tu yang lain rupanya tapi memang sedap, licin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails