Wednesday, November 21, 2012

Serawa Kuinin

Inilah kuinin, rupa sama macam bacang gak tapi berbeza bau
 
Sebelum musim durian luruh dan rambutan, biasanya buah-buah seperti mempelam, bacang dan kuinin akan berbuah dahulu. Kuinin sedap dibuat sambal belacan atau dimakan begitu sahaja.  Rupa-rupanya ada satu lagi resipi yang sedap, serawa kuinin. Tidak perlu masak dan memang sangat ringkas cara nak buatnya. Cuma perlukan santan pekat, garam dan gula untuk seimbangkan rasa. Santan segar ya, kalau santan kotak tak de rasa lemak sangat. Kalau buat rendang guna santan kotak pun katanya takde nampak berminyak.

Potong ikut suka hati. Elok kecik-kecik la, kang tercekik lak.


Santan, garam dan gula dan campur sahaja kuinin yang telah dipotong tadi
 
Letak gambar di FB sebelum ni, ketinggalan rupanya, ramai yang dah pernah makan, saya tak pernah makan langsung. Orang yang selama ni tak pernah nak memberi komen pun tetiba keluar di ruang komen. Yang tak pernah nampak langsung di FB pun tetiba keluar bercerita nostalgianya kerana arwah maknya pernah buat. Siap telefon lagi kemudiannya tanya khabar. 



Daripada komen-komen yang diterima banyak buah lain juga boleh dibuat serawa ni, mentimun betik/mentimun jalur, bacang dan avocado. Bacang dah pernah buat tapi teksturnya macam kasar sikit tak seenak kuinin. Nangka pun pernah cuba tapi lagi sedap makan mentah sahaja. Sedap dimakan sejuk jadi lepas buat tu simpan dalam peti ais dulu, kalau tak sabor nak makan taruhlah ais batu je.

No comments:

Related Posts with Thumbnails