Saturday, December 29, 2012

Travelog Haji



Tajuk: Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim
Penerbit: PTS Publications & Distributors        Cetakan Ketiga 2009
ISBN: 978-967-5137-20-4
Harga:RM 18 (Edisi Jimat) Rasanya ada juga jual yang siap ada VCD lagi

Sinopsis:
Buku ini mengisahkan tentang pengalaman, pandangan dan catatan berkaitan dengan ibadat haji yang telah dilalui oleh seorang insan. Namun ia dapat memberi manfaat kepada semua orang. Ia boleh dilabelkan sebagai sebuah buku motivasi dakwah.

Komen:  Dah lama buku ni ada di rumah, orang lain yang membelinya tetapi tak berminat nak membacanya. Mungkin beranggapan lambat lagi nak pergi haji, buat apa nak baca. Tapi setelah ikut blog Prof Kamil mula tertarik dengan gaya penulisannya dan usia pun dah bertambah jadi pemilihan genre buku pun ikut berubah. Bermula dengan ‘Bersyukur Saat Diuji’ dan seterusnya Travelog Haji. Ia bukanlah buku Haji yang biasa tapi menceritakan pengalaman beliau sebelum mengerjakan haji  dan pengajaran yang diperoleh melalui setiap ibadat yang dilakukan.

Teringat perbualan dengan rakan sekerja Cina lima enam tahun lepas. Masa tu dekat nak raya Haji dan dia tahulah Mekah tempat suci dan ramai orang Islam pergi. Lepas tu dia tanya, “Kenapa you tak pergi?” “Tak ada duit.” “You selalu pergi jalan tu bukan banyak duit ke?” Dush!! Wah kena sebijik. Kerana jahilnya boleh je jawab,“Ermm selalu orang tua je pergi.” Berdosanya rasa di dalam hati. Balik je kampung lepas tu terus daftar nama. Insya-Allah 2037 nanti. Nampak macam lambat lagi tapi masa semakin pantas dan cepat saja berlalu. Semoga diberi kesihatan yang baik apabila tiba waktunya nanti.

Friday, December 28, 2012

Kucing Pandai Tengok Jam???

Salah seekor kucing ni dah buat hal dengan menjadikan carpet sebagai tempat buangan. Sebagai hukuman bapak kenakan perintah berkurung.  NO lepak-lepak di atas sofa. Kedua-duanya kena tidur di dapur lepas 12 tengah malam. Biasanya sayalah yang kena kejar dua-dua ‘budak’ ni. Bawah meja, bawah kerusi, belakang almari segala ceruk kena perhati.


Sebelum pukul 12, kita pun relax tengok tv, deme pun tidur dengan santainya, berguling, menggeliat duduk sofa. Tatkala jam berdenting pukul 12, TING! TING! TING!..... mata masing-masing terbuka. Aik tetiba dari duduk di sofa dah hilang entah ke mana. Aduh biar betul ni tau pulak tengok jam.
 

Ada sekali tu masa tengok tv pula, sampai 12.30. Kucing tu  masih bersantai-santai tunggang terbalik tidur  di sofa. Bila tutup je  tv,alih-alih tengok dah hilang. Aik dah pandai tengok tv pulak. Siap buat test lagi, tutup tv masa pukul 11.30 malam. Buat dek je tidur lagi. Bila tutup je tv pukul 12.30 dia mula hilang. 

Bijak sungguh. Rupanya kucing ni menggunakan deria pendengaran untuk ‘menyelamatkan diri’ Bukanlah sebab dia pandai tengok jam hehehe. Berbulan-bulan jugalah proses kejar mengejar di tengah malam ni berlaku. Tapi sekarang ni dah makin senang sikit. Bila jam berbunyi pukul 12, deme masuk sendiri ke dapur sambung tidur. Saya tinggal tutup pintu je bila dah nak tidur. Tapi bukan selalulah deme buat macam tu. Kalau selalu boleh jugak masukkan dalam buku rekod Malaysia hehe

Thursday, December 27, 2012

Kompleks Kraf Langkawi

Masa balik dari Air Hangat terus pergi ke Pantai Pasir Hitam. Sementara nak balik ke Kuah, jumpa kompleks kraf ni dan terus singgah. Masa tu pula ada Promosi Kraf Malaysia, pelbagai aktiviti diadakan dan adanya jualan produk-produk kraf. Masuk percuma.

Muzium produk kraf

Tekat takde orang pulak masa tu. Baru je nak bersoreh. Mesti orang  kampung  saya yang buat ni.

Jahit manik labuci ni semestinya dari Melaka

Comel sungguh ukiran kasut-kasut ni

 Dalam kawasan ni ada satu lagi yang menarik, Studio Faizy Crystal Blowing. Kena naik kereta masuk sini. Jalan pun boleh tapi jauhlah jugak. Boleh tengok cara dia menghasilkan barang perhiasan yang ada dijual di situ. Kagumnya tengok dia hasilkan angsa yang kecil tu dalam sekelip mata. Tak pasal-pasal terbelanja juga di sini. Padahal nak tengok-tengok aja di kompleks kraf ni.


Pantas sungguh dia buat tetiba .....
dah jadi angsa tu


bahan mentah yang digunakan


Buffalo Park Langkawi

Turut tercatat di dalam peta tempat yang harus dikunjungi. Sebelum ini ada tengok dalam tv bagaimana aiskrim susu kerbau ini dihasilkan . Ya di sinilah tempatnya tapi derang tak buat masa tu. Di sini juga ada buat cheese tapi tak dapat tengok derang buat. Tak buat selalu, kalau benda tu habis baru dia buat. Masuk RM3.00

 
Jauh masuk ke dalam lagi
Baca saja cara pembuatannya

Mozzarela Cheese


Kerbau pun ada salasilahnya
Ada aktiviti menunggang kerbau. Bayaran dikenakan

 Ada lebih kurang 70 ekor dalam tu dan kandangnya dibahagikan mengikut kategori – tunggangan, pembiakan, penyusuan dll. Kelas kerbau ni sebab dengar rentak muzik terkini weh terapi minda gak tu..hehe

Teringat cerita C-U-N bila tengok kerbau-kerbau  ni

Macam ada ramos kerbau ni

Menarik menunya, ala barat.

Di laman padi pun ada jual, jadi dah makan di sana. Kat sini boleh taruh buah-buahan sekali.


Thursday, December 20, 2012

Laman Padi

Semasa menuju ke Pantai Cenang, nampak kawasan ni, menarik juga. Singgah sekejap untuk mendapatkan info. Boleh belajar tanam padi di sini. Sila pakai pakaian yang bersesuaian-tracksuit.


Di sini juga ada Galeri Warisan, macam muziumlah, diceritakan sejarah pasal padi dan diletakkan bahan-bahan yang menggambarkan aktiviti pesawah. 


Di Laman Herba akan ditunjukkan penggunaan herba-herba untuk merawat penyakit. Daun bangun-bangun untuk ubati batuk. Alhamdulillah saya memang cuba juga petua yang ni. Rendam dua helai daun ni dalam air panas. Bila dah sejuk, minum. Daunnya boleh digunakan lagi. Tambah saja airnya. Untuk esoknya baru tukar daun baru. Daunnya lebih kurang sama dengan oregano dan biasanya orang akan tersilap tapi daun bangun-bangun ni lebih lebar daunnya dan bau macam jintan.

Encik Rosdy menunjukkan cara menanam padi dan beritahu sebelum ini ramai juga yang datang buat team building di sini, kha-za-nah, nan-dos sehinggakan bos-bos dari Afrika pun siap turun ke sini.
Kebetulan masa kitaorang tengah menanam padi ada omputih datang, jadi kitaorang pun ajaklah sekali. Seronok dia dapat merasa menanam dan menuai. Dia dari Sweeden, datang dengan anak-anak dia. Sekarang ni salji lebat di sana. Jadi datang bercuti ke sini, lepas tu nak ke Taman Negara pulak.
Masa dah nak balik tu tetiba dia tanya ..setelah dialihbahasa ...
“Awak tukar tudung setiap hari?”
 “Ya, macam tukar baju.”
“Oh, jadi ada banyak tudung dan padankan dengan baju?” (Kebetulan masa tu saya pakai tudung putih berbunga hijau dan baju hijau)
“Ya”
“Kalau di rumah, dengan keluarga, awak buka tudung?”
“Ya”
Mungkin muka nampak peramah kot, sebelum ni di HK masa tunggu nak naik roller coaster dengan seorang remaja HK ni tanya pasal Islam. Tak ingat biji butirnya tapi pasal kewujudan Tuhan. Di Korea pula, tour guide ni berkipas panas kerana matahari terik, tetiba tanya, "Tak panas pakai tudung?”
“Oh, dah biasa.”
Semua jawab pendek-pendek je, jenuh kalau nak speaking hehe, asalkan telah memberi kefahaman kepada mereka. Cukuplah walaupun sedikit.

Batang pokok semalu air, macam span tu yang boleh terapung je tu.

Tapak itik. Macam irish luck, kan?

Ikutlah resam padi, semakin tunduk semakin berisi.

Kena hentak kuat juga barulah keluar berasnya.

Rupanya buah kelapa pun ada istilah kelapa jantan dan kelapa betina. Baru ku tau!



Beras Terbakar

Terletak 17 km dari pekan Kuah. Senang je cari, ikut papan tanda. Akan jumpa sebelum nak pergi ke kereta kabel. Sebelum sampai di kawasan Beras Terbakar ni, kena lalu dulu kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan. Boleh beli, coklat, gajus, kain pelikat, batik dan hasil gamat. Ada surau dalam ni, bolehlah kalau nak singgah solat di sini.


Kawasan Beras Terbakar  terletak di halaman rumah Ku Halim Ku Hassan, Kampung Raja Mukim Padang Mat Sirat. Alkisahnya, semasa berlakunya peperangan antara Siam dengan Langkawi di Selat Pancur, Dato Kama Jaya selalu Pembesar Langkawi terasa akan kalah di tangan Siam. Beliau dengan segara menghantar utusan ke Padang Mat Sirat mengarah semua penduduk kampung mengumpul padi hasil menuai mereka di suatu tempat.

Penduduk kampung telah mengorek sebuah lubang (dikatakan sedalam 3 kaki) lalu dibakar. Perkara ini terpaksa dilakukan bagi mengelakkan padi itu dirampas oleh pihak Siam yang mana akan menjadi bekalan utama mereka apabila bertapak di Pulau Langkawi.

Peristiwa Siam menyerang  Langkawi ini berlaku beberapa bulan selepas Dato Kama Jaya mengenakan hukuman ke atas Mahsuri. Dipercayai Dato Kama Jaya telah tewas kerana sumpah Mahsuri yang berbunyi ‘Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan’.  Apa yang menjadi misteri, bila beras tidak terbakar menjadi abu tapi masih ada sehingga sekarang dan berbentuk fosil. Ia menunjukkan ‘keberkesanan’ sumpahan itu. (Info daripada Beras Terbakar)

Kalau mengikut kata pemandu pelancong saya sebelum ini, dia mengatakan sumpahan itu ‘berkesan’ kerana doa orang yang teraniaya. Boleh diterima juga, kan?

Sunday, December 16, 2012

Telaga Tujuh

Lepas sahaja menaiki kereta kabel terus ke Telaga Tujuh sebab  lokasinya dekat-dekat situ juga. Tak ada bayaran masuk cuma untuk letak kereta kena RM2. Sebenarnya tak tau pun Telaga Tujuh macam mana, bayangkan macam telaga biasa aja. Membaca papan info di situ. 

Mungkin pengunjung di situ tengok kitaorang macam tercangak-cangak je cari mana telaganya, dia cakap sini orang selalu datang mandi air terjun. Kalau telaga tujuh lebih kurang 150 meter lagi.  Kalau larat boleh naik lagi. Waduh waduh curam pula tu bukitnya, baru naik sikit dah sakit pinggang sebab bukitnya macam menegak, tak dapat nak beri gambarannya.. satu lagi, laluan bertangga. Naik tangga lebih senang sikit. Kat tengah jalan disapa pengunjung yang lain pulak, “Bergetar lutut nak naik”. Dah dua tiga orang cakap macam tu, tak jadi terus nak naik, dahlah baru sampai, karang jam pulak lutut. Pergi air terjun sahaja. Itupun jauh jugak rupanya. Terpaksa juga digagahkan.


Trek bertangga

Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun terbentuk daripada pecahan tujuh telaga semulajadi. Hmmm baru teringat pernah tengok dalam eighttv hen-ry-golding pernah pergi ke sini. Memang cantik. Tapi tak larat nak naik, mungkin di lain masa.

Ni baru setengah jalan saja. Cantik gambar kat air terjun ni.

Menurut legenda, tersebutlah cerita dewi-dewi yang gemar turun mandi-manda di Telaga Tujuh pada awal-awal pagi sebelum manusia menceroboh kolam mereka. Maka nyanyian merdu dan ketawa riang ria dewi- dewi yang menawan sering kedengaran menyelubung bukit dan hutan. Menurut empunya cerita barang siapa dapat melihat akan dewi –dewi itu, sesungguhnya diberkati kekayaan akan dia. Akan tetapi tidak ada seorang pun berjaya melihat akan makhluk tersebut, hanyalah keharuman bau-bauan serta wangi-wangian akar hutan yang menandakan akan kehadirannya. (Info daripada Taman Legenda Langkawi)

Saturday, December 15, 2012

Kilim Karst Geoforest Park

Kalau pergi ke Langkawi ni biasanya banyak ditawarkan pergi ke pulau-pulau dan ada aktiviti yang telah disediakan. Sebaik turun dari kapal terbang atau feri mesti dah nampak banyak travel agency yang menawarkan ni dah dapat pelbagai brosur tentang Kilim ni. Harga dari RM100-500 ikut pakej dan masa dari 4 hingga 5 jam. Kebanyakan harga pun lebih kurang sama sahaja jadi dari pening-pening membandingkan harga, pilih ajalah apa yang ada depan mata. RM100 untuk ramai-ramai maksudnya dalam bot tu kita sekali dengan pelancong lain. Yang paling mahal tu kalau sewa sendiri.
 
Dalam pakej tu biasanya:

Bat Cave (Gua Kelawar)
Floating Fish Farm (Tempat ternakan ikan –tuna, pari, siakap dll)
Crocodile Cave(Gua Buaya)
Eagle Watching (Tengok burung helang)
Monkey Stop (Tengok  monyet )
Swimming  at remote beach  of Andaman Sea (Mandi di pantai Laut Andaman)
Shoe Island (Pulau Kasut)
Mangrove Swamp(Menyelusuri Paya Bakau)
Lunch di Restorang Terapung
Pemandu pelancong  disediakan
Pengangkutan pergi dan balik ke hotel  juga disediakan
Seronok juga ambil pakej sharing sebab berkongsi dengan pelancong luar negara. Bila bersama dengan derang ni seronok juga sebab derang tanyak banyak soalan. Biasalah kita Malaysia ni rasa benda tu biasa je tapi kalau derang mungkin rasa lain jadi banyaklah yang ditanya.

 Gua Kelawar. Inilah Gotham City sebenarnya, tempat Batman duduk hehe. Sebelum masuk tu, boleh sewa torch light RM1, dengan berlagaknya sebab telefon ada torch light tak da la sewa, sekali masuk-masuk wah gelap bukan main, torch light telefon tu boleh nampak yang dekat je. Boleh la kalau nak suluh tempat kita berjalan tu je tapi kalau nak suluh kelawar tak boleh  hehe. Berpandukan pemandu pelancong  punya torch light je lah jalan.


                   Di dalam ni juga boleh tengok kejadian stalaktit dan stalagmit. Belajar geografi kita!



Tempat ternakan ikan di Hole In The Wall juga merupakan restoran. Ikan diberi makan ikan juga. Merasa beri ikan pari makan, kita pegang ikan tu, dan pari tu akan datang hisap. Macam vakum. Kalau sesiapa saja-saja nak datang makan sini boleh la datang dan check di sini
Menyelusuri paya bakau di sepanjang perjalanan, memang mengasyikkan panorama di situ. Ada sesetengah tempat tu bakaunya masih kecil sebab baru tanam, semuanya berpunca daripada kilang arang yang mengambilnya sesuka hati. Sepatutnya bila dah ambil tanam semula tapi bersikap lepas tangan, dan kerajaan telah ambil alih dengan menanam semula.                                

Tengok kehidupan monyet tapi dari bot sahajalah. Bahaya wei, tenungannya menakutkan rasa macam dia nak lompat ke kita sahaja.  Kalau tengok, badannya basah sebab derang ni pandai berenang. Boleh juga beri makan tapi buah-buahan saja. Jangan rosakkan ekosistem di sini.

Tengok burung helang diberi makan. Ada 200 bot  di situ tapi hanya 4 bot sahaja yang dibenarkan beri makan pada helang tu. Cantik tengok helang berterbangan dan ketika dia mencecah sungai untuk menangkap lemak ayam yang dicampak sebagai makanan. Helang di sini jenis Brahminy Kite yang banyak terdapat di sini. Kita beri makan supaya helang ni tidak berhijrah ke tempat lain.
Gua Buaya. Tiada buaya di dalamnya, tapi mendapat nama dari bentuk muka buaya di pintu masuk gua tu. Dapat tengok juga paras air semakin rendah berikutan pencemaran alam.
Makan tengah hari di restoran terapung. Termasuk di dalam pakej, nasi goreng ayam dan jus oren yang boleh refill

Melalui Laut Andaman di mana kita berkongsi laut dengan Thailand, jadi sampai je di situ terus dapat  sms ‘like staying in Thailand bla bla bla dan signal maxis juga automatik bertukar ke AIS. Pertama kali pusing pulau dengan bot, seronoknya walaupun terlompat-lompat je rasa  bila dilambung ombak, kena pakai life jacket, manalah tau boleh tercampak ke luar pulak nanti hehe. Tip: Elok pakai tudung yang jenis serkup je, kalau pakai tudung bawal habis terkelepet kena angin, tak cun nak tangkap gambar.
Singgah di Pantai Pasir Panjang. Berhenti setengah jam untuk beri peluang orang nak mandi. Cantik sangat airnya, kebiruan dan kehijauan

Formasi batuan yang dinamakan Setul oleh orang tempatan. Namanya berasal dari wilayah Satun di Thai yang terletak di seberangnya. Kalau tengok betul-betul di atasnya, kita akan nampak kura-kura gergasi di situ. Lengkaplah dengan kepala di bahagian kiri tu dan cengkerangnya.

Pulau Kasut, subhanallah memang nampak macam satu kasut gergasi. 
 Walaupun dalam tu tulis 4 jam tapi tak dalah terkejar-kejar di setiap lokasi. Santai sahaja, berbaloi dengan duit yang dibayar dan dapat tengok keindahan alam dan lebih juga dari masa yang diberi.                                              

Perjalanan mencari keredaan Allah – Umrah 30 Nov hingga 10 Dis 2017 (Bahagian 1)

Memandangkan giliran mengerjakan haji berpuluh tahun lagi, eloklah jika kita dapat mengerjakan umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup...