Sunday, December 9, 2012

Langkawi Cable Car (Kereta Kabel Langkawi)

Pada Jun 2007, Langkawi telah diberi status GeoPark oleh UNESCO. Geo Park yang pertama, bukan sahaja di Malaysia tetapi di Asia Tenggara, iaitu Machincang Cambrian Geo-Forest Park dan Kilim Karst Geo-Forest Park.

Pintu masuk ke kereta kabel. Langkawi menyambut kedatangan delegasi Korea
 
Kereta kabel terletak di Oriental Village. Merupakan kunjungan kali ketiga ke sini. Kali pertama tak dapat naik sebab hujan lebat. Kereta kabel tak jalan sebab ikut cuaca, kalau berangin kuat pun tak jalan. Kalau tak silap, automatik dia stop kalau dapat kesan angin kuat. Ada sensor. Kali kedua pula angin kuat, jadi kena tunggu tenang dulu dan sentiasa kena berhubung dengan orang sana. Alhamdullillah dapat juga akhirnya tetapi bateri kamera pulak habis jadi tak dapatlah tangkap gambar. Kali ketiga, sampai sahaja Langkawi terus pergi ke sana takut hujan di waktu petang. Kali ni pula Sky Bridge ditutup untuk penyelenggaraan sampai tahun depan. Padahal dekat situlah paling best walaupun gayat sikit bila angin bertiup. Terasa goyangnya. Tiket RM15 dengan Mykad (kena tunjuk untuk scan) kalau tiada MyKad RM30.

Lukisan-lukisan menarik Pulau Nami

Pemandangan dari tingkat atas

Pemandangan dari tingkat pertengahan

Sky Bridge yang ditutup untuk penyelenggaraan
 
Menariknya bulan ini  apabila ada program Langkawi Naminara Cultural Festival 2012 sehingga 30 Dis 2012. Merupakan kerjasama antara  Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Nami Island Incorporation. Program ini bertujuan untuk mempromosikan kebudayaan di antara dua buah negara kepada pelancong dan masyarakat setempat.  Pada bulan Julai yang lalu pegawai LADA telah mempromosi Langkawi di Pulau Nami selama sebulan. Kini delegasi Pulau Nami pula mempromosi Pulau Nami. Terkenal kerana penggambaran cerita Winter Sonata, jadi tarikan utamanya mestilah gambar Yoo Jin dan Jun Sang. Banyak aktiviti yang dijalankan di situ dan pengunjung Korea turut mendapat potongan 50% untuk harga tiket naik kereta kabel. 

Binaan Naminara Garden lagi!
 
Ada dua perhentian Middle dan Top. Sesiapa yang nak pergi atas terus, tak perlulah turun di pertengahan. Siapa yang nak tengok pemandangan di kedua-dua bahagian boleh berhenti dan sambung semula ke destinasi yang ingin dituju.

Nami di Langkawi

Nami di Seoul. Sama, kan?

No comments:

Related Posts with Thumbnails