Saturday, July 21, 2012

KURSUS MARA KUALA KANGSAR 18-19 JULAI 2012

Mulanya ambil kursus lain yang sepatutnya diadakan pada bulan Mei yang lepas tapi ditangguhkan sampai la bulan ni. Lepas tu tukar tajuk pulak, Kursus Penerapan Undang-undang Dalam Perniagaan. Masa pegawai tu telefon beritahu tukar tajuk, “Macam tak best je, tak naklah pergi,” “Cubalah dulu, ketua kami kata tajuk ni lebih sesuai. Lagipun dah bayar pun”.  Oklah lagipun baru ni nak merasa kursus Mara Kuale boleh juga kenal orang lain. Sebelum ni dah pernah ambil kertas perlembagaan satu semester, punyalah bosan belajar kena tengok akta-akta ni. Padahal cerita-cerita peguam suka tengok. Nasib baik masa exam boleh tengok buku.

Tajuk yang dibincangkan:
1. Bentuk organisasi perniagaan: pemilikan tunggal, perkongsian dan syarikat
2. Kontrak – belajar menulis kontrak. Tak perlu tebal pun. Kita boleh buat sendiri dan tak perlu lawyer  buat, janji dua-dua faham.
3. Pelantikan pekerja dan tanggungjawab majikan
4. Dokumen pinjaman kewangan – belajar mengira yuran guaman. Dulu-dulu bila ikut kawan pergi Mapex, biasanya bila bab-bab mengira ni surrender dan suruh kawan yang buat. Ohh rupanya senang je nak kira bila dah faham formulanya.
5. Proses tindakan mahkamah - jangan buat tak peduli bila menerima surat tuntutan. Kalau dipanggil hadir ke mahkamah, datang awal. Kalau lambat sikit pun penghakiman boleh jatuh. Bagi yang pertama kali masuk mahkamah kadang-kadang terasa 'seram'nya itu yang kadang-kadang pun boleh tersalah cakap. Jadi bila sampai awal, kita akan bersedia. Betullah, first time saya masuk mahkamah memang ada rasa 'seram' sikit. Macam suram je dalam tu. Jumpa kerani pun serius rupanya. Padahal masa tu cuma nak cari pesuruhjaya sumpah.



Peserta diberi banyak nota dan contoh untuk perserta mudah faham

Lately, banyak beli buku tapi tak baca-baca lagi. So memang mengelak dari pergi kedai buku. Sekali, kat sini pun boleh terbeli buku jugak.. haisy! 

 Hasil tulisan penceramah pada hari tu, Dato’Azlin Ahmad Shaharbi.  

Format untuk kontrak

Setiap kumpulan kena buat kontrak sewa bangunan dan kena bentang

Pengiraan yuran guaman yang mulanya memang mengelirukan.

Kalau kat kuala ni, biasalah cenderahati mesti labu sayong. Terima kasih Dato'

Foto berkumpulan, peserta, penceramah dan kakitangan Mara.


Tak kiralah pergi mana-mana kursus pun walau nampak macam tak diperlukan  tapi ia boleh dipakai untuk kehidupan harian. Pengetahuan akan meningkatkan keyakinan diri kita. Kesimpulannya best.

Thursday, July 19, 2012

Laksa Pokok Limau

Sebenarnya kawan-kawan memang dah ramai yang cakap Laksa Pokok Limau ni best, tapi dalam kepala bayangkan, alah sama je dengan laksa-laksa yang ada di kuale ni. Kat Kuala Kangsar, ni laksanya pun dah bermacam-macam nama, biasanya berdasarkan nama orang yang buatnya atau nama tempatnya. Laksa Pak Ngah, Laksa Kalam, Laksa Lubuk, Laksa Talang, Laksa Buyong (antara Kuala Kangsar ke Taiping) dan macam-macam lagi. 

Laksa Pokok Limau ni terletak di Kota Lama  tak jauh dari pekan KK , tak pernahlah pergi dan tak pernah nampak pun ada kedai ni walaupun letak di tepi jalan. Tapi bila keluar dalam rancangan Jom Terokai Perak dan nampak Maria-Tunku-Sabri ni makan sedap bebenor rupanya, huisy dari sehari ke sehari nak cuba. Kalau dari pekan KK tu ikut jalan lama ke Ipoh, di sebelah kanan nanti nampak Rumah Anak Yatim Sultan Abdul Aziz, masjid baru, terus lagi nanti nampak signboard, jangan sampai lepas ke jambatan pula, jauh dah tu.

Special, Laksa Telur Goreng. 
RM2.80
Waktu operasi: 10.30 pg-7 ptg.
Jumaat tutup.


Biasanya orang pilih laksa kerana kuahnya, ada yang suka pekat, ada yang suka cair. Saya pula tengok laksanya, tak kiralah kuahnya macam mana. Saya suka laksa tepung gandum dan kurang suka dengan laksa tepung beras yang licin je rupanya tu. Tu pasal luar kuala tak pernah beli laksa atau  makan laksa. Kecuali kalau ada orang hidang, takkanlah nak menolak pulak, sian orang tu penat-penat buat.

Jemput makan!


Thursday, July 12, 2012

KURSUS MARA SHAH ALAM 19-21 Jun

 Tajuk perkaranya: Kursus Peningkatan Dalam Pembuatan dan Pembungkusan Coklat, Kek dan Biskut Secara Komersial. Gitulah panjang tajuknya. Berpadananlah kursusnya selama 3 hari dari pagi hingga ke petang di Chef Amer Academy, Klang. Kawan yang kerja Mara memberi tawaran. Bayaran RM100 aje, yang lain Mara bayar. Haruslah bersyukur kerana dapat peluang ni. Macam tak percaya pulak. Biasanya kursus yang 5 jam pun kurang-kurangnya RM120 yang hands-on. Sebelum ni, Roxette, kawan yang duduk Klang ni memang selalu ngajak pergi belajar ke sana maklumlah rumah dengan akademi ni dekat bebenor ... merangkak pun boleh sampe katanya. Ajenya ya, memang sampe tapi larat ke nak merangkak cam jung on tu hehe..Sungguh susah nak dapatkan chef ni kerana sibuk memanjang, dekat 2 tahun tu nak dapatkan chef ni.

 Hari Pertama Hari Coklat. 
Sudah semestinya mengenal rasa coklat terlebih dahulu, yang mana coklat tulen (couverture) dan mana coklat tiruan (compound)
Keluarkan segala gajet yang ada.

Pakai transfer sheet

Tada ... inilah hasilnya.
Gianduja truffle. Sesiapa yang beli Saji boleh tengok resepinya dalam tu. Tak ingat bulan bila tapi adalah. Cara makan truffle ni kena kemam untuk menikmati rasanya. Biar rasa atas lelangit.
 Hari Kedua Hari Biskut.
Chef berbesar hati  masak roti john untuk kami sarapan. Memandangkan sebelum ni ada cerita-cerita pasal roti john. Resepi dah dapat tapi belum cuba lagi.

Sedap!

 “Pernah rasa serai tak?” chef
“Dah masak pernahlah.”
“Macam mana nak masak kalau tak tau bagaimana rasa bahan2 tu dahulu?” chef
“OOOO” 
Kelmarin, saya merasa butter flavour konon-konon mengikut saranan chef tulah.. Eee, apalah tak sedap pun, pahit je rasa, tapi taruh juga dalam doh tu..hehe. Hemm bila dah masak takde pun rasa tak sedap tu. 

Doh untuk 3 kumpulan
Teknik melambung untuk bagi  biskut rangup lagi
 Hehe takdelah main-main je.
Biskut jenis terap
 Hari Ketiga Hari Kek
Ada 4 jenis kek yang dipelajari.  Setiap kumpulan diberi sebiji kek untuk dihias. Mujur ada pakar kek kat kumpulan ni. Yeay paling awal siap. Ada yang terkedu tidak terkata.

Baru-baru ni beli turn table dengan harapan ada semangat sikit nak praktis menghias. Minggu depan dah nak puasa la pulak, tak larat nak makan kek, harap-harap tak jadi gajah putih nanti.

German Black Forest Cake

Group foto.  Bersama hasil-hasil yang telah dipelajari untuk dibawa balik. Memang banyak, ramai yang dapat merasa

Penyampaian sijil dan amanat dari Mara

Bengkel 2 jam bersama Chef Amer sebelum ni pun dah banyak ilmu yang diberikan, inikan pulak 3 hari, memang macam-macamlah yang dipelajari bukan setakat masak-memasak sahaja. Terima kasih Chef Amer yang tak kedekut ilmu.  

Thanks to Cik Huraizah dan kakitangan Mara Shah Alam yang lain, tak sempat nak berkenalan.

Monday, July 9, 2012

Majalah Berunsur Islam

Terdapat banyak majalah berunsur Islam sekarang ni. Kalau dahulu, seingat saya majalah Al-Islam sahaja di pasaran, yang lebih menonjol dan  yang banyak di pasaran majalah hiburan. Semakin meningkat usia, pemilihan bahan bacaan pun kenalah berubah, kan.

Majalah Anis
Keluaran Galeri Ilmu, Kota Damansara. RM7, dengan slogan Pedoman Wanita Solehah & Keluarga Sakinah. Corak penulisannya mudah jadi lebih mudah difahami. Pembacaan lebih santai.
Majalah Solusi
Keluaran Telaga Biru, Bandar Sri Damansara. Slogan Panduan Hidup Bersyariat. Agak ‘tinggi’ sikit cara penulisan. Jadi lambat sikit untuk dihadam. Ruangan yang paling disukai, Beduk Diketuk dan Angguk Geleng. Tebal, kertas cantik, warna-warni jadi berpadananlah dengan harganya RM10.
Majalah Iman
Keluaran Utusan, Bandar Baru Bangi.  Slogan Panduan Hidup Umat Islam, majalah kedua berunsur Islam selepas Al-Islam. Agak baru di pasaran, awal 2012 rasanya. Topik-topiknya menarik perhatian. Pembacaan lebih santai juga. RM7

Majalah Q&A
Baru di pasaran. Merupakan sebuah majalah soal jawab kehidupan. Dengan  Slogan Ilmu Tarbiah Motivasi. Keluaran Galeri Ilmu, Kota Damasara. RM10. Berbeza dengan majalah lain sebab dia  ada soalan dan jawapan.

Majalah Aniqah
Diterbitkan oleh MMP Communications S/B, KL. Muka surat depan biasanya gambar artis dan mesti pakai tudung.  Kurang minat nak baca sebab layoutnya dan font macam tak menarik. Jadi benda tu macam serius. Tapi isu-isunya sentiasa menarik. Ni kes terlalu banyak bahan bacaan jadi penanda aras saya lebih tinggi hehe. Memilih tema Inspirasi Muslimah Bestari RM6.50
Majalah Al-Ustaz
Keluaran Telaga Biru, RM9. Lebih kurang sama macam majalah-majalah yang lain. Alternatif kepada pembaca selain Solusi.

Majalah Al Islam
Memang sudah lama di pasaran majalah keluaran Utusan ni. Dengan slogan Majalah Islam Kontemporari. Kurang menarik perhatian saya, mungkin kerana olahan yang serius. RM5
Majalah Gen Q
Keluaran Telaga Biru, Bandar Sri Damansara. Dengan slogan Manual Remaja Bertakwa. Walapun dikategorikan sebagai remaja, ia sesuai untuk semua golongan kerana kadang-kadang bila kita terlalu jauh ke depan, kita perlu mengundur balik ke belakang kerana dah lupa perkara-perkara yang asas. RM7