Saturday, October 20, 2012

Restoran Getaran Jiwa

 
Di Alammesra ,bertentangan dengan One Borneo

 
Lagu-lagu P.Ramlee sentiasa diputarkan di sini.
Lontong do re mi, macam mana agaknya rasanya?


 
Nama-nama makanannya menarik walaupun sebenarnya tak ada pula yang boleh dikaitkan dengan P. Ramlee.  Ramai juga yang datang sini. 

Nasi Goreng Special Getaran Jiwa

Nasi Goreng Lalap

Ramai juga artis-artis yang datang

Hampir mendapat markah penuh di sini tapi air pula lambat sampai. Haish baru je nak memuji.

Friday, October 19, 2012

Taman Kinabalu & Kolam Air Panas Poring


Merupakan tapak warisan dunia yang pertama di Malaysia. RM3.00 seorang. Bawa kereta naik sehingga ke kaki gunung. Fuh jalan berbelit. Bila kita tak tahu apa yang ada di depan lagilah risau takut bertembung dengan kereta lain. Kalau di Genting pun tak adalah sempit macam tu sekali. Wah bila nak sampai ni, betul ke ni. Akhirnya sampai juga ke Timpohon Gate. Suasana sejuk mula terasa. 

Asalnya merupakan perkataaan kaum Kadazan Dusun, Aki bermaksud nenek moyang dan Nibalu gunung.  Oleh itu bermaksud gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang.
Gunung Kinabalu merupakan puncak tertinggi  di Malaysia

Hebat


Laluannya


Peringatan untuk orang-orang yang ada masalah ni, tak payahlah naik. Susah nanti.




Mempunyai beberapa kolam air panas. Juga merupakan sebahagian daripada Taman Kinabalu. Poring daripada perkataan Kadazandusun iaitu spesies buluh yang tumbuh di kawasan tersebut. Di dalam ni ada Taman Rama-rama, Taman Orkid dan boleh tengok Rafflesia tapi semuanya kena bayar lagi.  Bayaran RM3 hanya untuk merasa air panas.

Terminal bersepadu

Terminal bersepadu seperti KL Sentral atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS) memudahkan orang ramai mengunakan pengangkutan awam yang  menya...