Saturday, January 26, 2013

Dari Puduraya ke Pudu Sentral ke UTC

Pengunjung setia Puduraya sebelum ini. Kini namanya telah bertukar kepada UTC KL iaitu Pusat Transformasi Kuala Lumpur. Ia sangat-sangat selesa berbanding dulu. Ada Kedai Buku 1Malaysia di sini untuk menghabiskan masa dan duit uwaaaa. Buku di sini murah sikit dalam RM2, RM3 daripada harga asal. Kat sini boleh pakai credit card tanpa ada limit.  Beli satu buku yang belas-belas ringgit pun boleh pakai credit card kalau takde cash. Ada kedai buku yang agak besar ni dengan tema yang pelbagai sama macam kedai buku lain, tak kisahlah berlama-lamaan di sini. Ada kedai kain 1 Malaysia juga di sini bolehlah nak jamu mata


Dulu, kalau tunggu bas transnasional tu mesti tunggu orang tu tukar papan yang beritahu bas dah sampai, no plat dan tunggu kat platform mana. Sekarang ni canggih sikit, tengok kat tv je macam kat airport.  Tapi satu yang masih sama, ada orang yang suka tanya, “balik mana kak, penang, kedah,” sepanjang-panjang kita jalan ke kaunter tu. Saya risau ulat tiket je, selalunya memang tak jawab dan terus je jalan. Tetiba boleh pulak dia marah kita balik, “ingat saya tipu ke?” Ikut suka orang la, orang tau lah nak cari kaunter kat mana. Lain la kalau kita tercangak-cangak kat situ. Lagipun orang tua-tua kan dah pesan don’t talk to strangers.


 Oh hari tu ada terbaca dalam ruangan Selak di Utusan Malaysia kenapa stesen LRT di situ nama Plaza Rakyat yang memeningkan saya sebelum ni. Pada peringkat awal, Plaza Rakyat dikatakan akan menjadi bangunan kedua tertinggi di KL selepas Menara Berkembar Petronas. Mengikut pelan asal khabarnya di sini akan menempatkan ruang perniagaan, pusat pengangkutan awam, hotel, ruang pejabat, tujuh panggung wayang, pusat hiburan, hotel 4 bintang dengan 45 bilik dan 315 unit apartmen. Projek ni mula dibina pada 1992 tetapi kegawatan ekonomi pada 1997 telah menyebabkan projek yang dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2007 terbengkalai. Kalau kita naik lrt dan nampak bangunan yang tak siap tu, itulah Plaza Rakyat.
30 minit tidur, 10 minit makan roti. 3 jam baca buku. Habis satu.




5 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

udah tukar nama ghuper nyerrr..

zarina said...

haah bsb, jalan-jalanlah ke sana nanti

normala yaakub said...

Jpj ada tak kat pudu central ni?

normala yaakub said...

Jpj ada tak kat pudu central ni?

zarina said...

Maaf, saya dah lama tak ke sini. Jadi tak pasti ada atau tidak.

Related Posts with Thumbnails