Friday, January 4, 2013

Tekat

Sulaman tekat kebanggaan Perak. Ada juga yang memanggilnya jahit timbul sahaja sebab memang nampak timbul. Disulam dengan bunga emas. Set cadar ni turun temurun. Beruntunglah kalau ada yang masih menyimpannya lagi. Mahal ni, kain baldu dengan sulaman emas warisan Melayu. 

Satu set semuanya termasuklah kipas

Depan pintu pun ada lagi

Antara hantaran yang diberi pada pihak lelaki


Kepunyaan opah pengantin pada asalnya, pakai ketika maknya kahwin. Sekarang turun lagi satu generasi. Dah berpuluh-puluh tahun juga ni. Biasanya  cara penyimpanan, dibalut dengan kain batik atau pelikat dan dijahit jelujur. Matikan. Kiranya memang tak buka langsunglah sampai waktu nak digunakan lagi. Tujuannya untuk mengelakkan benang menjadi kusam. Dulu-dulu, cior (alas/tilam pengantin duduk) pun dah beratus, inikan pula sekarang. Mestilah mahal lagi, kan?

No comments:

Related Posts with Thumbnails