Wednesday, February 20, 2013

Great Ocean Road

Keluar dari kesibukan Victoria dan melihat alam semula jadi ciptaan Tuhan. Merupakan sebatang jalan di pesisiran pantai dan sepanjang perjalanan kita dapat melihat pemandangan yang memukau. Kemuncak perjalanan biasanya orang nak lihat Twelve Apostles. Ikut jalan pantai mengambil masa lebih kurang 4 jam lebih tapi bila dah menyinggah mengambil gambar lebih lamalah lagi. Oleh kerana perjalanan jauh dan memenatkan kami menempah Guesthouse di Port Campbell.

Split Point Lighthouse
 
Sewa kereta dan peta sebagai panduan. Perjalanan melalui lebuh raya M1 ikut Geelong. Tiada tol dikenakan. Papan tanda di sepanjang jalan lengkap dan memudahkan perjalanan. Di dalam peta juga sudah tersenarai tempat-tempat Informasi dan kita boleh juga berehat di situ.

Jalan berliku-liku dan tebingnya tinggi. Macam bawa kereta di Sabah tapi kat bawah ada gaung, yang ni bawahnya laut. Setiap tempat yang menarik disediakan look out point untuk pelancong ambil gambar. Cuaca panas dan berangin.
Cantik  gabungan langit dan laut membiru
 
Singgah di tugu peringatan  yang dikenali sebagai The Diggers. Tugu sebagai penghargaan kepada askar yang membina Great Ocean Road dengan tangan dari tahun 1918 hingga 1932 setelah mereka pulang dari berkhidmat dalam Perang Dunia 1.


Memandu panas-panas memang memenatkan, nasib baiklah ada bandar-bandar kecil yang boleh berhenti rehat. Makan tengah hari di Appolo Bay cari vegetarian dan fish n chiplah nampaknya. 88km lagi perlu diteruskan. Selain pemandangan pantai, nampak juga ladang-ladang dengan lembu yang meragut rumput. Malah ada papan-papan tanda yang menyatakan kalau langgar ternakan penalti $500. Kopak la bila convert RM. Betapa pentingnya ternakan tu pada mereka. Berbeza dengan kita sekadar berhati-hati, lembu melintas.

Snek kesihatan bekalan sepanjang perjalanan. Beli dekat Geelong. $3.50.

 
Akhirnya dari jauh dah nampak Twelve Apostles di sebelah kiri tapi tempat meletak kereta di sebelah kanan. Rupa-rupanya telah dibina laluan pejalan kaki untuk ke sana tapi nampak dari jauh sajalah. Kalau nak tengok dekat-dekat mungkin boleh cuba Great Ocean Walk.



Keletihan memandu berbaloi bila melihat batuan pasir /tunggul bentuk tiang (apa ek nak panggil, orang Geologi mesti tau ni) yang terbentuk hasil hakisan angin dan laut. Proses ini berlaku berjuta-juta tahun yang lalu. Dalam 40 minit di situ kami terus ke Port Campbell untuk berehat. Lepas tu teruskan perjalanan sebab ada  dua lagi tempat menarik iaitu The Arch dan sempat tengok matahari terbenam di The London Bridge. Ya Allah petang-petang angin punyalah kuat, baju dua lapis pun tak cukup sambil bergetar gigi. 

Layan perasaan

Pada 15 Jun 1990 runtuh, tu sebab ada lubang di tengah-tengah tu.

Bermalam di Port Campbell dan kembali ke Victoria di awal pagi. Memilih jalan lain pula dan lebih pendek masanya dalam 2 jam lebih. Kali ni memang lalu ladang-ladang dan nampak jerami yang bergulungan. Teringat pula cerita Little house in the prairie. Tapi laluan ni banyak kereta dan trak. Sepanjang perjalanan banyak pesanan khidmat masyarakat untuk mengingatkan pemandu supaya berhati-hati dan kalau letih berehat. Ada power nap tempat untuk tidur sekejap.  Antara pesanan yang menarik, open your eyes fatigue can kill, yawning, a microsleep can kill a second, speed ... consider the cost, dead people can drive, only sleep cures fatigue. Kat Malaysia lebih banyak iklan menjual barang dari mengingatkan pemandu, cuma kelmarin je nampak  papan tanda memandu dengan berzikir Subhanallah, Alhamdullilah, Allahuakbar. Kalau diperbanyakkan bagus juga.

No comments:

Related Posts with Thumbnails