Tuesday, February 5, 2013

Lokasi Perkahwinan : Penjara

Ini merupakan kali kedua melawat ke penjara. Pertama ke Penjara Pudu sewaktu pameran sebelum ia ditutup dan kedua yang inilah di Penjara Kajang. Pengantinnya staf di sini jadi dapatlah murah bila sewa dewan ni.

Kelakar bila setiap kali tetamu menjawab telefon, pasti terdengar, “Kat penjara ni.” Kalau kita pergi kenduri di tempat lain, mesti kita sebut nama tempat tu misalnya kat Keramat, kat Damansara (bila pemanggil bertanya). So sudah pasti pemanggil tersebut akan terkejut, “ Ha? Kena tangkap?”. Memang gelak-gelaklah lepas tu.

Selamat berbahagia suryani & nasir





Pengalaman melawat pameran Penjara Pudu dalam tahun 98 atau 99  rasanya, memang menginsafkan. Dapat tengok rotan untuk menyebat, bukan macam rotan biasa tu serta cara dan tempat berlangsungnya hukuman. Melawat tempat terakhir sebelum dihukum gantung, seram sejuk juga perasaan masa tu. Mungkin sebab penjara tu dah lama ditinggalkan atau ramai yang dah jadi korban di situ so macam terasa-rasa je tambah lagi bila keadaan gelap di situ, lampu pun samar-samar.   Sama juga ketika melawat ke sel. Di situ juga ada kenyataan ringkas pasal profil banduan dan hukuman yang dikenakan. Saya baru melawat je pun dah rasa insaf, macam manalah orang yang dihukum masuk ke penjara berulang-ulang kali tu, keras hati betul.

No comments:

Related Posts with Thumbnails