Wednesday, February 27, 2013

Queen Victoria Market

Dekat sahaja dengan apartmen yang kami sewa, lebih kurang 5 mint jalan kaki, jadi lepas subuh terus pergi sana. Wah memang segar-segar, dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang besar-besar dan tak pernah tengok. Di dalam bangunan pula ada ditempatkan untuk ayam, daging, udang, dan hasil-hasil laut yang lain. Fuh kalau pergi pasar biasa, leceh sebab basah lantai tu. Kat sini macam membeli di pasar raya. Bau fresh di awal pagi. 

Sekitar pukul 6.15pg. Di Malaysia 3.15pg. Bila difikir-fikirkan bolehlah pulak bangun pukul 3pg. Maknanya bolehlah selalu buat solat tahajud kalau diikutkan. Ni banyak pula alasannya tak boleh bangun pagi hmmm ... ingatan buat diri sendiri.
 
Di bangunan yang lain ada cheese, kopi, coklat, pasta dan semuanya dijual secara teratur. Baju-baju, barang dapur, fridge magnet yang boleh dijadikan cenderahati pun banyak di sini tapi lewat sikit buka. Pukul 8 ke atas baru ada.
Pelbagai jenis buah, besar-besar dan segar tu

Sayur pun cantik, cantik..

Kentang bersihnya kulit

Mangga Australia lain macam. Hmm lupa lak nak  beli sebiji rasa.

‘Peraknya’ rasa bila tengok banyak blueberi. Setiap gerai pun ada. Selalu tengok jam ngan filling aje.

Selalu tengok cendawan butang dalam tin je.. Ni putih bersih. Lupa pulak nak merasa kiwi sana, barulah betul-betul fresh ye dak?

Nektarin adik-beradik peach tapi kecil sikit dan kulitnya beza sikit. Best.

Berlakon sekejap

Bahagian makanan laut

Tiram, kan?

Sedang asyik tangkap gambar, ada orang tegur, Malaysia? Pekerjanya orang Malaysia dan dah lama duduk di sana, tapi BM masih fasih lagi. Hanya orang Malaysia je kenal Malaysia hehe

Roti-roti bergantungan.. rasanya ini makanan turkish

Belajar nama-nama cheese

Pasta anyone?

Bahagian organic ni banyak jual madu. Orang kata madu hanuka elok tapi mahal juga. Tak jadi beli. Makan madu tualang sajalah

Coklat coklat coklat coklat

Pelbagai jenis kopi dan teh. Lawa uncangnya sebab bungkus macam kain net.

Masa ni valentine day, so ramai juga yang singgah sini beli bunga segar

Beli buah fig di sana. Rupa-rupanya buah tin. Selalu orang balik Mekah bawa yang kering ni yang segar punya sampai tak tau nak makan macam mana. Nak makan dengan kulit sekali ke tak? Akhirnya makan macam orang malas makan kiwi. Belah dua, ambil sudu korek.


Beli cenderahati di sini. Memang banyak barangan yang boleh dibeli di pasar ni.



Tutup hari Rabu dan Isnin.
Selasa 6pg-2ptg
Khamis 6pg-2ptg
Jumaat 6pg-5ptg
Sabtu 6pg-3ptg
Ahad 9pg-4ptg

No comments:

Related Posts with Thumbnails