Thursday, March 21, 2013

Dari Tanjung Malim ke KLCC

Ni beli dua bulan lepas kalau tak silap. Sementara tunggu bas nak balik Kuale sampai menjengah ke KB1M dulu. Tajuk buku ni menarik perhatian. Tanjung Malim, Perak. Biasanya kita akan tertarik dengan persamaan. Sama-sama Perak jadi nak taulah apa ada dalam tu. Dari blurb kita boleh tahu buku ni jenis santai.




Tajuk: Dari Tanjung Malim Ke KLCC
Penulis: Fdaus Ahmad
Penerbit: Dubook Ceritera, Malaysia        Cetakan Pertama 2012
ISBN: 978-967-11057-4-0
Harga:RM 17.60 di KB1M, UTC KL

Sinopsis:

Dalam masa 7 tahun menempuh perjalanan dari Tg Malim ke KLCC. Aku dah menghabiskan 227 hari semata-mata duduk di dalam bas. Kalaulah ia perjalanan tanpa henti, maka sudah pasti aku sampai ke bulan. Tapi malangnya aku tak dapat ke bulan, yang aku dapat cuma sebuah buku sebagai kenangan.

Komen:  Masa belek-belek tengah fikir nak beli ke tak, nampak bundle, Loken Ipoh, keropok Bon Bon, Mamee, Barry Prima, Play Doh, Tamar Jalis, Fumakila… cerita macam sezaman dengan saya je ni ok beli je lagipun ada gaya-gaya kelakar. Kita boleh tahu penulis ni umur berapa dari PDP kat depan tu. Taklah sezaman rupanya tapi tak jauh beza sangat heheh tak nak ngaku diri dah tua. Lawak cerita dalam ni, kisah pengalaman hidup penulis. Membuatkan saya tersenyum sendirian.  Dari KL ke KK habis satu buku ni. Bila dah habis baca biasa letak je kat tepi katil. Sekali rupanya mak terjumpa. Dia pun baca. Ha ha ha. Ingat bahasa orang-orang muda dia tak faham. Tapi faham rupanya dan boleh gelak-gelak lagi bila kitaorang sama-sama imbas kembali cerita dalam buku ni. Cool!





No comments:

Related Posts with Thumbnails