Monday, March 25, 2013

Kucing Zaman Sekarang





Zaman berubah, kehidupan kucing pun turut berubah. Dulu, tikus musuh utama sekarang boleh jadi kamceng. Tikus lalu depan mata pun boleh buat dek je. Mungkin dah bagi makan kenyang-kenyang jadi dia pun malas je. Dulu, kalau kucing sakit, dia sendiri akan cari ubat dengan makan rumput dan akan muntahkan semula. Esoknya terus baik. Sekarang ni, tak reti padahal rumput, ulam-ulam, tumbuh-tumbuhan penuh keliling rumah, terpaksalah bawa pergi klinik.


Si Gebu, selain batuk dan selesema, luka badannya. Mula-mula kecil je digigit pacat rasanya sebab jumpa pacat kekenyangan di sebelahnya. Taruh air gamat je tapi makin lama makin besar tak baik-baik. Diabetes ke apa luka tak baik-baik. Tapi idak la tanya kat MA tu bila bawa pergi klinik. Siap beli ubat warna ungu spray saja dekat luka tu. Kalau taruh ubat tu mesti bau hospital je. Haha senang nak cari dia.
Nak taruh ubat punyalah susah, kena berkejar-kejaran dengan dia. Sekarang ni kalau nampak saya je mesti dah lari nyorok dulu.
 


Kalut nak nyorok sampai lupa nak sorok ekor. Gebu oh Gebu.

No comments:

Kuntum Si Peramal Cuaca

Biasa dengar,kan binatang ni ada six sense . Dia boleh tahu ada bahaya di sekitar atau bencana alam.  Dengan bangganya saya nak beritahu ku...