Tuesday, March 19, 2013

Ustaz Azhar Idrus Live

Dah jadi tabiat pula kalau pergi Pudu Raya(kini UTC KL) kena singgah kat Kedai Buku 1 Malaysia (KB1M) sementara nak tunggu bas datang. Konon nak window shopping je maklumlah Pesta Buku dah dekat, lagi boleh dapat murah  kat situ. Selalunya tidak berjaya, terbeli la jugak. Dulu-dulu kos balik kampung hanya tiket dan paper untuk baca dalam bas tapi bertambah pula kos sejak ada KB1M ni hmm tiket dan buku. Semoga dimurahkan rezeki sentiasa supaya dapat beli buku bermanfaat lagi.

 


Tajuk: Ustaz Azhar Idrus Live
Penulis: diadaptasi oleh Kartunis Athool
Penerbit: Telaga Biru,Sri Damansara        Cetakan Pertama Februari 2013
ISBN: 978-967-388-114-7
Harga:RM 15 tapi di KB1M  RM12.75
Muka Surat: 88 halaman

Sinopsis: 

Naskhah komik “Ustaz Azhar Idrus Live” ini  merupakan kesinambungan legasi penyampaian dakwah yang berhikmah dan segar demi mewujudkan umat Islam yang berhemah. Komik ini sangat menarik dengan ulasan oleh Ustaz Azhar Idrus(UAI) yang hanya merungkai setiap permasalahan dengan begitu bersahaja tetapi bermanfaat.

Setiap lakaran kartun bersama informasi yang disampaikan secara tidak langsung dapat mengajak semua lapisan pembaca terutamanya anak muda menghayati kenikmatan ilmu dakwah.

Komen:

Siapa yang ada FB memang dah biasa dengan UAI. Petikan-petikan jawapan daripada beliau memang selalu dikongsi oleh rakan-rakan FB. Jawapan selamba yang boleh buat orang tertawa membuatkan ramai orang tertarik dengan apa yang disampaikan. Seperti apa yang dinyatakan oleh UAI, “Orang tanya hukum, hamba bagitau hukum. Kalau setiap perkataan yang hamba keluarkan perlukan dalil, alamatnya kuranglah pendengar dari kalangan orang-orang yang baru nak berganjak ke lembah maksiat ke arah Islamik.”

Walaupun apa yang ada dalam buku ni telah dibaca dari FB tapi pendekatan secara komik menarik perhatian.  Semua halaman berwarna. Tapi kadang-kadang jawapan macam panjang-panjang jadi nampak padat sikit. Lepas tu biasa kalau dialog kita baca kiri kanan kiri kanan tapi yang ni sebab penerangannya lebih jadi kotak dialog tu nampak macam bertindan-tindan sikit antara yang bertanya dan yang menjawabnya. Tapi bukan masalah besarpun, usaha yang bagus.  Habis satu buku dalam masa 2 jam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails