Sunday, April 28, 2013

Turkiye (12-21 April 2013) -Bahagian 2

Masjid Biru tapi tak dapat masuk sebab hari tu hari Jumaat. Ditutup untuk pelawat untuk persiapan solat Jumaat. Lagipun kesuntukan masa.

Di Grand Bazaar, nombor pintu ada diletak di depan – Gate 1. Kalau dah berjanji jumpa di mana, kena ingat jalan yang betul sebab dekat sini banyak pintu, dahlah tempatnya luas dan banyak kedai. Boleh tersesat nanti. Tip dari pemandu pelancong: bawa handbag, letak di depan kita bukannya di sisi. Selain dapat mengelakkan dari penyeluk saku dapat juga menutup perut yang buncit hehe. Kalau nak beri duit kat pekedai tu, kira satu-satu. Misalnya, 100 lira, kira kat tangan orang tu, 20, 20, 20 bla bla. dan bukan bagi dia semua terus sebab nanti dia menipu. Lagi satu boleh minta diskaun tapi jangan minta lebih-lebih sangat sebab dekat situ ramai orang datang. Kadang-kadang dia pun tak peduli kat kita. So kalau dah dapat diskaun 20 atau 30 % pun dah cukup baik

Cotton Castle - rendam kaki dalam air panas

Kaymakli Underground City

Library of Celcius di Ephesus

Goreme Open Air Museum - ada gereja lama dalam ni, derang tembuk je batu-batu ni

Ataturk Musoleum (Anitkabir)


Leather factory - siap ada fashion show lagi. Wah cantik-cantik jaketnya, nak pengsan dengar harga. USD700 ke atas yang biasa-biasa je. Kulit biri-biri lebih lembut dan tahan lama. Kalau nak simpan pun tak perlu simpan dalam plastik, gantung macam biasa sebab masih 'bernafas' lagi kulit tu. Paling murah USD 150, tali pinggang aje.  Kalau beli pun balik rumah nak pakai kat mana? Buka air cond kuat-kuat duk depan tu. Hehe.. Konon ayat nak sedapkan hati takde duit nak beli.

Konya - bandar ahli sufi

Sultanhani Caravanserai

Kebanyakan kedai yang dilawat di sini dia akan sediakan air untuk kita, dia akan tanya nak tea, coffee, apple tea. Mungkin sebab rombongan kot. Ni singgah kat kedai tembikar.

Carpet house. Di dalam kebudayaan Turki carpet penting kerana ia pelindung dari kesejukan dan ada lagi signifikannya tapi lupa dah. Samalah dengan atap pelindung dari kepanasan dan carpet untuk bahagian bawah. Kalau orang baru kahwin pun dia akan cari carpet dulu sebelum membeli perabot yang lain. Carpet yang dijual di sini buatan tangan, mak aihh harganya mahal bukan main. Sejadah kecil yang bahagian muka tu saja pun dah USD400, sutera. Tapi takde yang murah kat situ. Cuma seronok orang tu suruh test pijak carpet untuk rasa mana yang best.

Evil eye merupakan kebudayaan Turki. Kita akan nampak banyak perhiasan, key chain dan macam-macam lagi bentuk mata ni. Ia merupakan ‘mata ketiga’ yang akan menjaga kita. Kononnya.
Bunga tulip bermacam warna dapat dilihat di sini. Sejarahnya, bunga tulip berasal dari sini tapi masa zaman WW1 lebih kurang, Jerman datang ambil benih dari sini dan bawa balik ke negaranya. Seperti biasa, bila datang  dari negara Islam selalunya orang barat tak pandang kewujudannya.



Pengembaraan ke Turki ibarat mengulang kaji apa yang dipelajari dalam sejarah dunia tingkatan 4 dan pemandu pelancong kami begitu rajin menceritakan fasal negaranya dari segi ekonomi, pendidikan dan sejarah dulu-dulu. Terlalu banyak informasi dalam seminggu tu. Tension pulak rasanya bila tak faham dan nak kaitkan situasi tu, zaman Byzantium, pagan, rom, Uthmaniyah, Ataturk. Tu la dulu-dulu cikgu suh belajar, malas. Rupanya sejarah menghantui sampai sekarang haha. So untuk pelajar-pelajar yang tengah kat sekolah tu sila belajar sejarah rajin-rajin.

Saturday, April 27, 2013

Turkiye (12-21 April 2013) Bahagian 1



Perjalanan selama 11 jam. Oleh kerana selalu naik AA, sampai terlupa keseronokan naik MAS. Dilayan bagai raja. Disediakan selimut dan bantal. Pramugari datang bawa jus epal dan oren dengan kacang. Dalam tempoh dua jam diberi makan hatta walaupun masa tu pukul 1.45 pagi. Flight pukul 12.30 malam, dah plan nak tidur, sekali diberi makan. Rezeki jangan ditolak.  Kenyang. Akibatnya tak boleh tidur. Terus tengok tv. Satu pengalaman. Dan tersangatlah peghaknya bila dapat fon telinga/kepala? tak jumpa mana nak cucuk. Bila pramugara datang bawa air terus tanya, camne nak pakai ni? hehe malu gak la. Tengok Life of Pi. Tetiba datang lagi snack, biskut, keju dan coklat.  2 jam sebelum sampai dapat sarapan pulak. Seronoknya terbang bersama MAS.

Sampai je kat lapangan terbang, mesti terdengar “Istanbul aku datang!” pengaruh filem la ni.
Turki negara yang terletak antara dua benua iaitu benua Asia dan benua Eropah. Dikelilingi oleh Laut Mediterranean, Laut Hitam, Laut Aegean dan Laut Marmara. Turkiye merupakan sebutan dalam bahasa Turki. Dulu-dulu orang Barat susah nak sebut jadi terus jadi Turki je tapi sekarang dia nak ubah kepada Turkiye dan sedang buat perubahan sedikit demi sedikit.




Mula-mula terus ke Bursa. Cuaca kat sini tak sejuk sangat tak perlu pakai jaket tapi bila dah sampai Cappadocia dan Istanbul cuaca antara 3 ͦ C – 13 ͦC angin kuat sampai kena pakai glove.


Dekat sini kebanyakan tandas awam kena bayar 1 Lira. Bayangkan 1 USD = RM 3,  1 USD = 1.80 lira. Cuba kira  berapa RM kalau sehari pun masuk tandas 3, 4 kali akibat sejuk punya fasal lagipun perjalanan dengan bas jauh-jauh. Bila bas berhenti untuk toilet stop, memang pergilah sebab tak tau bila lagi nak jumpa tandas. Turkish style toilet ialah tandas cangkung dengan bekas macam kole plastik untuk isi airnya. Tiada getah paip atau cebok ya. Satu lagi lambang western style toilet tapi tak tengok macam mana mungkin tandas duduklah. Kebanyakan di sana pakai bidet. Bay tanda untuk lelaki dan Bayan untuk wanita. Ada juga bahasa lain untuk tandas, lupa dah tapi ini tanda yang biasa dipakai.


Bahasa yang sama dengan kita antaranya, telefon, zaman, sabun.  Kalau nak beli barang dengan harga murah cakap Kashpara? Tapi yang kelakarnya lupa nak belajar jawabnya so bila orang tu jawab jumlah, sendiri termangu-mangu. Lain kali belajar sampai habis ya.
 

Kebanyakan urus niaga boleh dibayar dengan Lira, Euro atau USD. Di kedai ni jangan lupa beli Apple Tea dan Pomegranate Tea, sedap. 

 Dekat sini banyak kucing dan anjing di jalanan. Besar-besar pulak tu, tapi tak nampak kebesarannya bila dalam gambar. Padanlah dengan orang-orangnya pun besar, ya dak?

Asklepion


 Istana Topkapi- kalau nampak tanda ni, bermakna signature Uthmaniyah. Kadang-kadang boleh nampak di pashmina atau baju-t
Aya Sofia

Menaiki private boat merentasi Selat Bosphorus

Tuesday, April 9, 2013

Pagar Makan Padi atau Pegar Makan Padi?

Pagar makan padi atau pegar makan padi yang betul? Ini berpunca daripada ejaan huruf jawi yang sama antara pagar dan pegar.  Sebelum ini heboh dikatakan yang pegar makan padi betul kerana pegar tu sejenis burung. Jika mengikut lojiknya, mana boleh pagar makan padi, tentulah burung yang makan padi.

Menurut segmen Di Mana Silapnya di Nasional FM, peribahasa tidak semestinya munasabah, sama seperti 'perigi mencari timba' takkanlah perigi 'berjalan' mencari timba ataupun peribahasa menunggu sehingga kucing bertanduk.

Pagar di dalam peribahasa tersebut bermaksud orang harapan. Oleh itu, pagar makan padi betul.

Sunday, April 7, 2013

Aiskrim Kelapa

Asian



Dah lama nak buat aiskrim kelapa ni tapi malas nak beli krim putar semata-mata nak buat ni. Jadi bila ada baki krim putar buat kek keju mini tu barulah mencubanya. Bahan senang. Buat pun senang. Cuma lama la nak tunggu boleh makannya.

 Resipi telah diubah suai dari buku:

400 ml santan – saya guna santan kotak 200 ml lepas tu campur 200 ml air. Untung sikit walaupun nampak cair
140 gm gula kastor
150 ml krim putar
1 sudu besar jus limau nipis
Kelapa kering panggang sedikit – Balance buat kuih nyor masa raya dulu, lagipun bolehlah menambah rasa kelapanya lagi.



Cara:
-Panaskan sebahagian santan bersama gula. Kacau sehingga gula cair.
-Angkat dari api dan masukkan baki santan tadi, krim putar  dan limau nipis. Masukkan sedikit kelapa kering. Sejukkan dulu. Taruh dalam bekas dan letak di dalam tempat pembeku. Sejukkan selama 2 jam.
-Setelah 2 jam, tuang dalam mixer dan pukul 6-7minit. Simpan dalam bekas semula dan sejukkan.
-Lepas 1 jam keluarkan semula dan pukul lagi. Simpan dalam bekas dan tabur balance kelapa atasnya. Bila dah beku betul barulah boleh makan. Seelok-eloknya semalaman.
 

Hasilnya. Putih bersih dan lemak-lemak. Kelapa keringnya pun terasa. Rasa macam aiskrim yang makan kat Hatyai dulu.


Ditambah dengan nata de coco,dan bahan-bahan lain yang tak ingat dah apa mendanya.