Sunday, April 7, 2013

Aiskrim Kelapa

Asian



Dah lama nak buat aiskrim kelapa ni tapi malas nak beli krim putar semata-mata nak buat ni. Jadi bila ada baki krim putar buat kek keju mini tu barulah mencubanya. Bahan senang. Buat pun senang. Cuma lama la nak tunggu boleh makannya.

 Resipi telah diubah suai dari buku:

400 ml santan – saya guna santan kotak 200 ml lepas tu campur 200 ml air. Untung sikit walaupun nampak cair
140 gm gula kastor
150 ml krim putar
1 sudu besar jus limau nipis
Kelapa kering panggang sedikit – Balance buat kuih nyor masa raya dulu, lagipun bolehlah menambah rasa kelapanya lagi.



Cara:
-Panaskan sebahagian santan bersama gula. Kacau sehingga gula cair.
-Angkat dari api dan masukkan baki santan tadi, krim putar  dan limau nipis. Masukkan sedikit kelapa kering. Sejukkan dulu. Taruh dalam bekas dan letak di dalam tempat pembeku. Sejukkan selama 2 jam.
-Setelah 2 jam, tuang dalam mixer dan pukul 6-7minit. Simpan dalam bekas semula dan sejukkan.
-Lepas 1 jam keluarkan semula dan pukul lagi. Simpan dalam bekas dan tabur balance kelapa atasnya. Bila dah beku betul barulah boleh makan. Seelok-eloknya semalaman.
 

Hasilnya. Putih bersih dan lemak-lemak. Kelapa keringnya pun terasa. Rasa macam aiskrim yang makan kat Hatyai dulu.


Ditambah dengan nata de coco,dan bahan-bahan lain yang tak ingat dah apa mendanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails