Saturday, April 6, 2013

Kek Keju Mini





Akhirnya pakai juga loyang dari Melbourne ni.  Ambil setengah resipi sebiji kek dan dapat 10 biji kek keju mini.



Bahan-bahan untuk base:
110 gm biskut oreo- kisar halus
45 mentega-cairkan

Masukkan mentega dalam biskut tadi, ramas semua sampai boleh dikepal. Masukkan dalam loyang dan sejukkan selama 20minit. Untuk nak bagi base semua sama saiz je, saya timbang 15gm untuk setiap lubang (loyang).

Keju:
7gm gelatin
50ml air biasa
200gm keju krim
100gm krim putar – putar hingga kembang dan ketepikan
75gm coklat putih - cairkan
Esen vanila

Larutkan gelatin dalam air dan panaskan hingga cair. Putar keju krim hingga gebu. Masukkan coklat putih, krim putar , gelatin dan esen.
Setelah kesemuanya sebati masukkan dalam loyang yang dah siap base tadi. Sejukkan.


Hasilnya menjadi. Tolak je bahagian bawahnya tu, senang je keluar. Tapi nanti kena ubah suai biar base banyak sikit, macam tak nampak je base yang ni. Lepas tu guna pula stencil yang dapat free  sebab beli majalah good taste untuk bagi corak love yang kiut tu.
 



No comments:

Related Posts with Thumbnails