Thursday, April 4, 2013

Koyak & Menang


Saya tak pernah tahu ada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dekat Kuale ni. Kawan kerja kat sana baru tau. Macam-macam pamflet  gak la dapat dari KPDN  bila pergi apa-apa pameran yang buat kat sini. Sebenarnya macam-macam jabatan kerajaan ada kat sini, kiranya mudahlah nak uruskan apa-apa kat Kuale ni. Mujur duk dekat pekan saja senang berurusan. KWSP pun tak tau selama ni pejabat katne. Oh dekat je rupanya. Apa yang ada kat KL pun dah ada kat Kuale. Guardian, 7eleven, pizza hut, secret recipe, dan dengar-dengar cerita Mydin pun nak buka. Orang luar kata barang-barang kat sini mahal lebih-lebih lagi makan. Hmm nak komen pun tak boleh sebab memang jarang makan kat luar. Erk tajuk lain ceritanya lain… berbalik semula kepada KPDN.

 Dari dulu lagi kita dah dengar cerita gores & menang tapi sekarang dah bertukar pula pada koyak & menang. Modus operandi masih sama. Kalau kita jalan-jalan dekat RTC atau Mydin Meru Raya mesti ada orang tahan dan suruh singgah ke tempatnya sekejap dengan tawaran percuma gelas atau mangkuk. Kemudiannya mulalah ‘mengayat’ barang-barang yang dijual  dan diberi kad untuk dikoyakkan. Biasanya di kad tu ada gambar barangan(hadiah)  yang kita dapat secara percuma  TETAPI ada syaratnya. Kena beli barang lain dulu baru dapat hadiah yang ditawarkan. Antara hadiahnya kereta, barang elektrik, pakej percutian.

Antara pernyataan biasa sindiket koyak & menang
"Tahniah anda adalah pemenang bertuah ..."
"Anda telah dipilih untuk memenangi ..."
"Hadiah adalah lumayan seperti kereta, motosikal, barangan elektrik dan sebagainya"
"Tak sangka anda juga pemenang yang amat bertuah hari ini"
"Kami sedang melakukan survey / kajian dan anda telah terpilih untuk mendapat hadiah ..."

Jika sudah terperangkap dalam sindiket ini, untuk menuntut hak anda sebagai pengguna:

  1. Laporkan dekat mana-mana KPDN dan dia akan tengok kes ni berlaku di mana
  2.  KPDN akan sahkan terima laporan dan seterusnya menasihatkan untuk membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
  3.    Isi borang 1 (warna kuning), ada 3 salinan, satu untuk TTPM, sendiri dan pihak penentang.
  4.   Isi borang dengan butir-butir yang padat, amaun yang dituntut, tarikh yang berkaitan dan bagaimana tuntutan telah berbangkit. Pergi ke SSM untuk dapatkan butiran syarikat pihak penentang (bayaran RM13), fotostat resit dan bayaran RM5 untuk pemfailan mahkamah.
  5. Pihak yang menuntut hendaklah serah borang 1 kepada penentang dengan dua cara iaitu hantar sendiri atau melalui pos berdaftar Akaun Terima (A.T) di Pos Malaysia dan akan diberi kad kuning untuk kita tulis nama dan alamat syarikat tersebut. Bayaran pos bergantung kepada berat surat (RM2.80 ke atas)
  6. KPDN akan serah borang 4 (biru) untuk tarikh pendengaran dalam masa dua atau tiga minggu.
  7.  Tunggu kad kuning (yang diserahkan kepada penentang) dari  Pos Malaysia dan bawa masa pendengaran juga resit asal.
  8.  Bicara akan dihadiri oleh pihak yang menuntut dan penentang.
  9.   Pendengaran tuntutan dalam Tribunal akan dijalankan di hadapan seorang anggota Tribunal (digelar Presiden.
  10. Jika pihak yang menuntut menang, akan diberi award untuk diserahkan kepada pihak penentang  dan  memerintahkan  supaya pihak penentang membayar balik wang dan pihak yang menuntut memulangkan semula barang.
  11.   Jika pihak yang menuntut atau penentang gagal patuhi award selepas tempoh 14 hari, boleh buat aduan semula kepada KPDN. Jika tiada apa-apa. Kes selesai. Jangan tertipu lagi. 
Antara jenis tuntutan yang boleh dikemukan di Tribunal:
-gambaran yang mengelirukan mengenai harga
-standard keselamatan berkaitan dengan apa-apa barang
-tuntutan yang mengelirukan seperti 'selagi stok masih ada', 'barang-barang adalah terhad' dsb

Kalau dalam surat khabar kadang-kadang ada ruangan TTPM dan diceritakan kes yang dibicarakan. Ada sekali tu terbaca, pihak yang menuntut tu ada tempah pakej dengan jurugambar ni. Ada banyak jugalah tuntutannya yang membuatkan dia tidak puas hati tapi satu yang saya ingat, 'dijanjikan gambar pengantin perempuan lebih cerah tetapi hasilnya lebih gelap'. Kelakarlah juga bunyinya tapi itu tetap dikira menipu dan iklan yang mengelirukan juga kan hehehe
 






6 comments:

Anonymous said...

bro leh tlg x bgi tips dgn gores dan menang ni

zarina said...

tips kalau benda tu gores dan menang:
"Tahniah anda adalah pemenang bertuah pada hari ini."

"Anda telah dipilih untuk memenangi"

Itu pernyataan biasa. Lagi satu boleh tengok barangan yang ditawarkan bukan jenama biasa yang terdapat di supermarket. Mungkin nama yang tidak pernah kita dengar. Bunyinya mungkin macam antarabangsa tapi tengoklah dulu ada tanda Sirim atau tak untuk keselamatan. Dan biasanya juga orang tu akan mendekati kita dengan menawarkan kita isi borang untuk dapat hadiah percuma terlebih dahulu supaya kita akan 'melekat' kat situ

Anonymous said...

sorry ingat blog laki td....sy dh dah jadi mngsa pn ni.....tarikh pendengaran 13 feb ni....rasa2 leh dpt x blik duit sy? cmpny ni mcm x kisah aje msuk court

zarina said...

Salam, sorry lambat reply. Terlepas pandang. So macam mana kes? dah dapat tak duitnya? Company tu mungkin tak kisah masuk court sebab dia dah biasa la tu. Jangan mengalah, kalau bukti memihak pada kita, insya-Allah duit tu dapat balik cuma rumitlah nak berurusan ngan company tu lagi.

Anonymous said...

cmpny 2 dh ttp...siap dh tkr nama lain...x thu bla nak operasi....sy tgh mintak tlg dgn persatuan pengguna islam....agensi lain asyik toalak menolak keja.........kalo x dpt....ni lah pengalaman paling pahit dalam hidup......

zarina said...

Drpd usaha tu lah kita dapat pengalaman berharga yang lain.

Related Posts with Thumbnails