Friday, April 5, 2013

Persiapan Kematian

Pagi tadi jiran meninggal di rumah kerana sakit tua. Innalillah hi wainnailaihirrojiun. Sibuklah orang yang di rumah ni mencari tudung putih dan kain batik lepas. Rupa-rupanya, mak-mak kita ni memang ada simpan kain batik lepas dua tiga pasang memang untuk tujuan itu. Sengaja tak dijahit. Ada juga yang siap simpan telekung baru dan letak di satu tempat berasingan. Agak-agaknya mak zaman moden ni ada tak simpan kain batik lepas. Membeli pun tak pernah. Kalau ada pun orang bagi.

Dalam kuliah Jumaat lepas, Ustazah cerita pasal orang yang menzalimi diri sendiri, antaranya; tidak memberi salam ke tanah perkuburan. Sejak kecil kita memang selalu dimomokkan dengan kubur menakutkan. Ditambah pula dengan drama-drama tv yang selalu menayangkan cerita-cerita hantu dekat kubur. Kita sepatutnya memberi salam bila lalu tanah perkuburan, 'Assalammualaikum ya ahlal kubur,' Kalau orang selalu bagi salam kepada kubur, tanah kubur akan 'kenal' kita sebab bila kita mati nanti tak adanya kita nak 'ahlan wa sahlan' lagi dah.

Tentang hal mengucap pula, sebelum ni Ustaz Wan Sohor Bani Leman ada menegur drama-drama tv, bila orang tu dah nazak suruh mengucap  asyhadualla illla hailllallah wa asyhaduanna muhammadarrasullullah. Tak perlu, cukup hanya mengucap lailahaillallah. Jadi, tuan pengarah kena ambil perhatian.

No comments:

Related Posts with Thumbnails