Friday, May 31, 2013

Kudrat



Dari kamus DBP Arab 1. Kuasa (Allah), 2. Kuasa, tenaga, kekuatan, 3.sifat atau tabiat semula jadi, pembawaan

Sampai kat Perak jadinya  kederat hahaha.

Selalu tahu bahasa Arab kudrat dan iradat Tuhan – kuasa dan kehendak Tuhan

Tak pernah lak terfikir kederat ngan kudrat tu makna yang sama ingat memang  ia ayat lain rupanya memang takde dalam kamus (edisi keempat). Biasanya orang tua-tualah selalu cakap ni, contoh: Takde kederat dah weh

Kelas pengajian agama di masjid setiap hari Jumaat ada 5 orang ustaz yang tetap, seorang ni suka cakap bahasa Perak, yang memang tak pernah didengar langsung. Perkataan baru yang dipelajari, (ejaan tak pasti)
Merucol – tiba-tiba
Menceroya – mencari
Gerotak – jambatan

Seorang lagi ustaz ada buat katering jadi dalam mengajar kitab tu adalah selit-selit juga fasal makanan-makanan. Bagi tip kalau pergi pasar tu kat kedai mana ayam yang halal, ikan segar-segar, jangan beli yang ada banyak ais tu maksudnya  dah lama dan macam-macam lagi. Pendek kata, semua orang kat pasar tu dia dah kenal

Untuk penduduk sekitar Kuala Kangsar, jemput datang ke pengajian untuk Muslimat (so perempuan sahaja) setiap hari Jumaat  di Masjid Ubudiah dari 8.30pg-9.30pg dan sesi kedua 9.30pg-10.30.




Thursday, May 30, 2013

Pengantin di Turki

Sempat ambil gambar masa tengah lintas jalan dalam kesibukan di Istanbul


Sempat melihat dua pasang pengantin di sini. Tertanya-tanya juga adakah sama seperti perkahwinan di Malaysia. 

Pemandu pelancong menceritakan walaupun lelaki dan wanita itu mencintai satu sama lain keluarga perempuan akan ‘menyusahkan’ pengantin lelaki tersebut sewaktu merisik. Keluarga perempuan tidak akan memberitahu alamat rumah secara mudah, mereka akan memberi jalan yang berbelit-belit. Tapi itu dululah sekarang dah ada google map.Mungkin senanglah kot. Setelah itu di rumah perempuan itu bukan sahaja keluarganya  sahaja yang ada, sanak saudara yang lain turut ada dan mereka akan bersoal jawab dengan lelaki tersebut. Seorang-seorang akan keluar ke ruang tamu tu. Misalnya mula-mula abang long, dia akan tanya khabar atau apa-apa soalan, lepas tu dia masuk bilik lepas tu keluar pula tuknya, tanya soalan yang sama, dan seterusnya begitulah secara berturut-turut. Kesemua yang ada di rumah tu akan menyoal. Kemudiannya, bapa perempuan akan bertanya, “Berapa dalam cinta kamu pada anak aku?”. Lelaki tu pun menjawablah..bla bla bla. Lepas tu bakal pengantin perempuan keluar menghidangkan kopi untuk keluarga lelaki dan untuk bakal pengantin lelaki, kopinya berbeza. Air, kopi dan ditaruh lada hitam. Kalau lelaki tu dapat habiskan maksudnya betullah cintanya mendalam tapi kalau seteguk pun dah termuntah, hmmm alamatnya belum tentu dapat green light lagi tu hehehe.

Mungkin derang nak bergambar di Selat Bosphorus

Istanbul membida untuk jadi tuan rumah sukan olimpik 2020

Kizkulesi, Selat Bosphorus



Kizkulesi yang terletak di Selat Bosphorus mempunyai kisah yang tersendiri. Dulu-dulu saya suka baca Tidurlah Intan 1-6, Cerita Rakyat dan kisah-kisah dongeng jadi bila tour guide ceritakan kisah Kizkulesi ni lebih ingat berbanding cerita fasal sejarah yang ada fakta-fakta. 


Yang ni cerita pasal pasangan kekasih yang terpisah.

Restoran sebenarnya kat sini

Boleh menikmati keindahan selat


Kisahnya, seorang raja yang mempunyai seorang puteri. Ahli nujum telah meramalkan, puterinya akan meninggal dunia pada hari jadinya yang ke-18 kerana dipatuk ular. Oleh itu, raja tersebut telah mengasingkan puterinya jauh dari daratan dan membina menara di selat ini untuk mengelak dari dipatuk ular. Pada hari lahir yang ke-18, raja membawa epal untuk puterinya ketika datang melawat. Namun tidak disangka terdapat ular bersama epal tersebut dan akhirnya puterinya mati juga di situ seperti apa yang diramalkan. Sebenarnya ada dua tiga cerita lagi tapi itu yang paling ingat. Kisah-kisahnya turut tercatat di sini. 



 Menariknya papan tanda yang tunjuk arah tempat-tempat menarik di seluruh dunia dan jaraknya.

Sejuk sangat-sangat bila naik ke menara ni. Angin kuat. Tak bolehlah nak menikmati keindahan pemandangan dari atas. 

Semuanya indah kecuali pekerja kedai tempat cenderamata yang tidak peramah. Tak jadi beli barang. Sombongnya tak layan kita orang bila nak tanya harga, siapa suruh tak letak harga kat situ, kan semua orang asyik menanya

Wednesday, May 22, 2013

Ayasofya, Istanbul



Ia merupakan gereja besar di Constantinople (Istanbul) yang didirikan oleh Maharaja Justinian I (483 – 565 M) iaitu pemerintah Byzantium. Gereja ini menjadi pusat keagamaan Kerajaan Byzantium. Ia bukan sahaja dikenali kerana seni binanya yang mengagumkan tetapi kerana adanya mozek Byzantine yang indah dari emas. 


Ramai orang yang berbaris untuk menunggu giliran masuk
 Ketika pemerintahan Empayar Uthmaniah ia berubah fungsi menjadi masjid. Bagi menutup lukisan yang menunjukkan ia tempat beribadat Kristian, ada gambar-gambar yang ditampal dengan simen. Kiblat juga dialihkan menghala ke arah Kaabah.

Kalau tak silap gambar bayi ni menceritakan tentang Nabi Isa

Ketika pemerintahan Ataturk, masjid ini bertukar menjadi muzium dan sehingga kini kita dapat melihat kesan tempat beribadat kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian di dalam binaan ini. 


Semasa Ayasofya  ditukar menjadi muzium, ulama Badiuzzaman Said Nursi mengatakan, “Lihatlah! Apakah dosa dan apakah kejahatan bila kamu mengkritik dan menyembunyikan kebencian mu terhadap orang yang telah merubah masjid Ayasofya yang merupakan lambang kemuliaan bagi ummah pejuang, permata yang berkilauan disebabkan jasa dan perjuangan mereka untuk menegakkan al-Quran dan ia merupakan cenderahati yang berharga dari sumbangan jihad nenek moyang mereka yang berani … diubahnya menjadi rumah berhala dan diubah lokasi al-Mashikhal al-Islamiyah menjadi kelab wanita.”

Semasa menjadi masjid, kiblat dialihkan ke Kaabah



Siling

Saturday, May 18, 2013

Ataturk Mausoleum (Anitkabir), Ankara

Di sini terletaknya makam Mustafa Kemal Ataturk (1880M-1938M). Memang besar kawasannya. Seperti yang kita ketahui, Ataturk merupakan pengasas Republik Turki. Setelah menjadi Presiden Turki, Ataturk mengubah Turki menjadi negara sekular iaitu dengan: 
  1. Menghapuskan institusi khalifah
  2. Menutup sekolah agama
  3. Mengharamkan kegiatan tarekat
  4. Melarang pemakaian tarbus dan purdah
  5. Menggantikan huruf Arab kepada huruf Latin juga menukarkan azan daripada bahasa Arab kepada bahasa Turki
  6. Menggugurkan Islam sebagai agama rasmi negara.
 Beliau menganggap Islam yang menjadi punca kelemahan dan kehancuran bangsa Turki, lantas harus dihapuskan dan diganti dengan yang lain.

Makam dibina dengan batu marmar
Dikatakan beliau meninggal dunia kerana penyakit limpa yang diakibatkan oleh ketagihan arak. Malah kematiannya masa itu tidak diterima bumi sehingga mayatnya dimuntahkan semula oleh bumi setiap kali hendak dikebumikan kerana tindakannya yang menukarkan Turki menjadi Republik Sekular. Banyak perkara yang dilakukan dengan mencampurkan dengan budaya barat. Kalau tengok di sini biasa sahaja tetapi sebanarnya banyak kesukaran semasa nak kebumikannya.


Tapi itu semua diceritakan oleh tour guide Malaysia, kalau tour guide Turki sendiri dia masih menghormati Ataturk kerana katanya disebabkan Ataturklah pembinaan masjid masih banyak di Turki dan negara barat menghormati Turki. Itu pandangan dia.


Pesanan terakhir Ataturk kepada tentera Turki



Badiuzzaman Said Nursi merupakan ulama tersohor di Turki yang hidup sezaman dengan Ataturk. Ketika beliau berada di Istanbul, beliau mengamati perilaku Ataturk dan meyakini sifat-sifat Dajjal Ataturk, beliau berpendapat tindakan jahat yang dikenakan atas Islam adalah bertujuan mengambil hati kuasa-kuasa barat. Keadaan inilah yang menyebabkan beliau pulang ke Van dan mengasing diri dari dunia politik dengan katanya, “Aku berlindung dengan Allah dari syaitan dan politik.”



Pesanan Ataturk dalam bahasa Turki
Setelah Adnan Menderes menjadi Presiden Turki barulah Islam berada dalam keadaan lebih selesa di mana azan kembali dilaungkan dalam bahasa Arab sebaik sahaja beliau memenangi pilihan raya.

Sebenarnya, beliau dibawa masuk oleh Ataturk pada 1935 dalam Parti Republik Rakyat. Namun beliau disingkirkan kerana sikap tegasnya menentang polisi Ataturk. Beliau menubuhkan Parti Demokratik Rakyat.

Kalau nak bergambar dengan tentera ni, ada syaratnya, jangan mengajuk, jangan pegang-pegang, duduk sahaja di sebelahnya dan bergambar. Ada polis yang menjaga di tepi-tepi tu untuk pastikan kita tak 'kacau' tentera yang mengawal ni,
Diceritakan oleh tour guide Malaysia (dia pun baca dari internet) Adnan Menderes setuju dengan Ataturk pada mulanya tetapi pada suatu hari, semasa dalam penerbangan, kapal terbang yang dinaikinya rosak dan hampir terhempas. Ketika inilah beliau berdoa jika Allah menyelamatkan beliau dari kemalangan beliau akan berusaha mengembalikan Islam dalam pemerintahan Turki. Akhirnya beliau merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat. 

Antara jasa lain yang dilakukan oleh Adnan Menderes:
  1. Membuka semula ribuan masjid di seluruh negara yang telah ditutup sepanjang era pemerintahan Ataturk
  2. Membina kembali hubungan dengan negara-negara Arab dan negara-negara Islam
  3. Membuat perubahan polisi ekonomi yang memberi keadilan kepada segenap lapisan masyarakat.

Di sini juga turut ditempatkan makam kawan baik Ataturk iaitu Ismet Inonu. Beliau yang meminta supaya disemadikan berdekatan dengan Ataturk. Makamnya diletak jauh di luar tetapi bertentangan dengan Ataturk.

Namun polisi beliau ditentang oleh golongan sekular di kalangan para intelek, mahasiswa dan pemimpin radikal tentera yang pro-Kemalist pada ketika itu. Pada 27 Mei 1960, satu revolusi tentera yang diterajui oleh pemimpin muda tentera telah menggulingkan kerajaannya dan Adnan Menderes telah dikenakan hukuman gantung atas dakwaan menentang perundangan sekular Turki yang pro-Kemalist


Sempat melihat tentera yang mengawal bertukar syif

Sejuk, 13 darjah C

Ingatkan yang merah-merah tu bunga sekali batu daa