Friday, May 17, 2013

Hierapolis & Cotton Castle, Pamukkale




Hierapolis bermakna kota suci. Kota purba Greece-Roman Byzantine ini dijumpai oleh Eumenes II yang merupakan Raja Pergamon pada 190 SM



Nun jauh di sana kotanya.

Di sini juga terletaknya Cotton Castle (Istana Kapas), deretan kolam panas yang berbentuk teres bertingkat semula jadi yang mengandungi campuran kalsium berkarbonat. Kejadian ini berlaku beribu tahun yang lalu.

Sebenarnya kami dah sampai petang semalamnya tapi tour guide kata kalau tangkap gambar masa senja tak nampak warna putih kapas, nampak warna senja saja. Jadi pagi-pagi esoknya memang pergi lagi sekali.  Di kala cuaca sejuk serendah 12 darjah Celsius, terasa puas dapat merendam kaki di kolam air panas ini. Indah sekali. Bertepatan dengan pengiktirafan UNESCO sebgai Tapak Warisan Dunia.

Best

Kat belakang tu memang macam kapas yang berkepul-kepul

Bertingkat-tingkat


Ada pelancong Korea yang terjatuh kat sini, nasib baik takde apa-apa
Peringatan: Batu-batunya licin jadi jalan dengan langkah kecil. Jangan berlari. Jangan mengusik rakan-rakan yang lain dan jangan jalan di lopak air yang kecil-kecil sebab licin.

Ni gambar dari buku, profesional punya


No comments:

Related Posts with Thumbnails