Friday, May 17, 2013

Mevlana Museum, Konya




 Konya merupakan ibu negara Empayar Saljuk Anatolia sebelum ini. Konya terkenal sebagai pusat pengajian golongan sufi. Di sini juga terkenal dengan pengeluaran kaca dan besi.

Kelihatan ‘tugu’ Mevlana yang berpakaian putih dan tangan didepa. Tangan kiri menghala ke bawah dan tangan kanan menghala ke atas, ia bermakna dunia ini hanya sementara dan semuanya akan kembali kepada Tuhan. 

Masa tour guide cerita fasal Mevlana, dia tanya pernah belajar tak? Semuanya mengeleng kecuali tour guide Malaysia, dia kata ada. Kalau Maulana tu tau la juga. Balik Malaysia terus cari fasal Mevlana ni dan nama sebenarnya Jalaluddin Rumi. Rasanya ada la belajar kot masa form 6 dalam Tamadun Islam. Ai nama sunan di Indonesia semua belajar, mesti yang ni pun ada.



Kami dibawa ke Muzium Mevlana. Di dalam ni terletaknya makam dan kitab beliau. Antara mesej yang dibawanya tentang kasih sayang Tuhan dan keamanan. ‘Jangan mencintai Allah hanya kerana takut kepada Allah tapi kerana Islam di dalam hati’. 

Semua agama juga boleh datang dan belajar tentang Islam di tempat pengajiannya. Turut ditempatkan di sini al-Quran paling kecil yang bertulis tangan dan janggut Nabi Muhammad SAW yang diletak di dalam cermin kaca. Terdapat lubang kecil di bawahnya dan kita akan tercium bau wangi seakan setanggi.



Kebanyakan tempat-tempat yang dilawat mesti ada official museum shop. Jadi jangan lupa beli cenderahati sebab tempat lain memang tak jual magnet dari Mevlana Muzesi ni.


Rumi meninggalkan banyak karya yang sebahagian besarnya bertemakan tasawuf. Karyanya yang paling terkenal dan dianggap sebagai karya agung ialah Masnawi. Buku ini berbentuk kumpulan puisi yang terdiri daripada 20, 700 bait syair. Beliau bukan sahaja berjasa menjadikan kesufian dalam Islam lebih bersistem tetapi juga menubuhkan tarekat terbesar. Ayahnya Bahaudin Walad Muhammad bin Husin, ialah seorang ahli sufi  yang agung pada zamannya. Dengan ayahnya inilah Rumi mula-mula belajar tentang tasawuf. (Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar, Era Visi Publication S/B)

*tasawuf – ajaran untuk mengenal Tuhan dengan benar-benar dan mendekatkan diri dengan Tuhan

No comments:

Related Posts with Thumbnails