Wednesday, May 15, 2013

Ulu Cami (Great Mosque), Bursa



Masjid ini dibina oleh Sultan Yildirim Bayezid, sultan keempat dari Empayar Uthmaniah. Ia dibina dengan gaya pemerintahan Saljuk. Terkejut masa nak masuk tu, sesak ya amat di pintu masjid. Ada yang nak keluar ada yang nak masuk. Dekat 10 minit nunggu nak masuk. Pengawalnya pulak lelaki terpaksalah nak mengelak. Susah kalau batal, tempat wuduk pun punyalah sesak.

Mujurlah masa nak masuk tu ada seorang mak cik tu (orang tempatan) tarik saya depan dia. Jadi adalah ruang nak berjalannya, kalau tak mahu terhimpit gak. Begitulah persaudaraan Islam, tanpa membezakan warna kulit, hanya senyuman dan ucapan salam, ukhuwah terjalin.

Sesak di situ bukan sahaja kerana orang menunaikan solat tapi ada kumpulan usrah yang mengadakan perjumpaan tambah pula hari minggu ramai yang datang. Tak nampak pun tirai pembahagi antara lelaki dan perempuan tapi kami solat di bahagian belakanglah. Hairan juga apsal lah derang asyik tengok kami. Pelik kot tengok muka kami lain macam. Sekali rupanya baru perasan, memanglah kitaorang yang pelik sebab pakai telekung derang pakai jubah je.  Teringat pula Prof Muhd Kamil kata, sepatutnya kita biasakan solat tanpa pakai telekung sebab baju yang kita pakai itu sepatutnya memang dah tutup aurat dan boleh terus solat.




Menariknya dinding-dinding masjid dipenuhi kaligrafi ayat-ayat suci.

Setiap tiang ada kaligrafi ni



Tak sempat tengok betul-betul masjid ni sebab masa yang diberi cuma setengah jam.

Keistimewaan masjid ni juga, ada air pancut di dalam. Rasanya lelaki boleh ambil wuduk di situ sebab nampak kepala paip. Ada tiga tingkat dan 33 lubang tempat keluar air. Kita wirid pun 33 kali jadi mungkin itu sebabnya.



Bursa’da Zaman –Time in Bursa oleh Ahmet Hamdi Tanpinar

In Bursa, courtyard of an ancient mosque
Water in a small ablution font dripping
A wall preserved from the time of Orhan
An aged plane-tree of the same era
Sifts a quite all day about
The sorrow of being left behind a dream
Laughs at me from deep within
More than the coolness of a hundred fountains
The greenest of fields, the bluest of skies
And of minarets the most divine
………
Visited the Green Tomb last night
Just like a music from the time
Words of Quran are permeated on ceramics
Pure cheer of the days of conquest
Was found on my enlightened face

No comments:

Related Posts with Thumbnails