Friday, July 19, 2013

Halwa Maskat



Halwa maskat sejenis penganan (dibuat daripada tepung gandum, minyak sapi, gula dan lain-lain)
Sumber: Kamus DBP edisi keempat.

Tapi tadi dapat tahu dari Ustaz  tentang nama halwa maskat.  Pengajian Kitab Bahru Al-Madzi Juzuk’18 adalah cerita tentang negeri Yemen. Terbahagi kepada dua bandar di belah Utara, Sana’a dan selatannya Hadhramaut. Hadhramaut tu pelabuhan. Mulalah dia cerita tentang orang dulu-dulu yang pergi Mekah naik kapal. Tahun 1976(rasanya) orang dah mula naik kapal terbang. Di Hadhramaut ni ramai orang yang beli halwa di Muscat, ibu negeri Oman. Jadi bila balik Malaysia, bagi buah tangan kat orang, “Apa ni weh? Ni lah halwa maskat”. Hehehe. Betullah gamaknya cerita tu. Ustaz ni kadang lawaknya setanding dengan Raja Lawak.

Dia cukup tak berkenan bila tengok pengantin-pengantin yang dihias dengan mak andam. Udahlah mak andam jantan. “Isy, opah-opah (banyaknya ahli masjid ni memang orang-orang dah pencen)kena masuk campur bab-bab ni. Jangan dibiorkan. Satu lagi, usah dibawa cameraman orang luar. Udah deme pulak yang mengatur-ngaturkannya, tolak orang lain ke tepi, lantak deme baring di situ. Dah pulak dibawa deme ke tengah padang kanak-kanak. Banyak pulak cengkadaknya.  Hish usahlah ambik orang luar. Ambil je adik-beradik kita. Nanti pun bukannya nak menengok gambar tu hari-hari.” Hahaha dengan bahasa Perak yang pior tu boleh jadi bertambah kelakor.

 

1 comment:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

selamat hari raya aidilfitri..

Related Posts with Thumbnails