Saturday, August 24, 2013

Night Safari Taiping – Jendela Hidupan Malam


Cuti Raya, masa untuk kita berkumpul. Jadi mengambil kesempatan untuk beramai-ramai pergi ke Night Safari di Taiping masa Hari Raya Kedua. Sedangkan Night Safari kat Singapore pun dah pergi ini pula yang tersangatlah dekatnya. 

Keburukan berjalan masa bercuti ni, jalan sesak ya amat. Bukan sahaja orang Islam beraya, orang lain pun ambil kesempatan jalan-jalan juga cuti ni. Perjalanan yang sepatutnya tak sampai sejam boleh jadi berjam-jam. Sangkut di jalan dan tol.

Alhamdulillah masa nak beli tiket tak ramai yang berbaris.  Dewasa RM16 dan budak-budak (3-12) RM10. Boleh berjalan kaki masuk dalam atau naik tren mini yang disediakan. Nak naik tren tu ramai jugalah orang menunggu tapi tak lama, tren tu pun datang sekali tiga.
 

Pergi ke zoo tidak meriah tanpa ada budak-budak sebab masa ni lah nak ajar vocab dan mengenal binatang.



Masa naik tren, mula-mula pemandu tu adalah menerangkan tentang binatang apa yang terdapat di sebelah kanan, lepas tu udah senyap pandai-pandailah tengok sendiri kiri dan kanan ada apa ya! Ada sesetengah binatang memang sangat aktif waktu malam jadi inilah masa terbaik untuk tengok. Enjoy!! Maklumat lanjut di sini. 

2 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

assalam..saya tak berkesempatan ke sini lagi..insyallah kalau balik lenggong nanti bole ler singgah sini jap..

zarina said...

Kalau tak naik tren tapi nak jalan kaki silalah bawa torch light untuk memudahkan perjalanan.

Related Posts with Thumbnails