Monday, October 28, 2013

Cuti-cuti Malaysia





 Minggu lepas di Dewan Jubli KK ada Karnival Membaca Satu Malaysia Pemantapan Nilai-nilai Murni. Nampak banner di perpustakaan tapi tak ada tulis apa aktiviti yang diadakan.  Gigihlah menelefon ke Perpustakaan Negara nak tanya apa aktivitinya, kot-kot la ada orang jual-jual buku.  Sekali bila p, aduh lebih sesuai untuk budak sekolahlah, ada ceramah dan aktiviti berkaitan budak-budak sekolah, satu gerai je jual buku itu pun buku latihan. Ada jugaklah agensi kerajaan buat pameran. Syeikh Muzaphar pun ada datang. Nasib baik ada Tourism Malaysia buat pameran. Boleh gak tengok brosur yang menarik. Yahoo cuti-cuti Malaysia!

2014 Tahun Melawat Malaysia. Banyak juga aktiviti menarik yang  orang tempatan sendiri boleh sertai.

Antaranya:


Pakej Berbasikal Kedah Darul Aman – pakej dari RM15 hingga RM400. Berbeza ikut berapa hari dan tempat yang dilawati. Transportnya basikal sahaja. Seronok gak tu, dah lama tak naik basikal. Misalnya:
 Alor Setar Saturday Nite Ride. RM15/per pax (min 4 pax).
Tour: Cycle via Menara Alor Setar, Pekan Rabu, Masjid Zahir, Balai Nobat, Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad, Muzium Negeri, Gunung Keriang, Muzium Padi.
Activities: Cycling, Sightseeing.

Di Perak, pakej berbasikal di Lenggong. 2D 1N Eco Tourism Cycling To Lenggong Heritage Site (Min 2 pax)

From RM570/pax. Inclusive Visit to Lenggong Archaeological Gallery cottage industry, Ikan Pekasam factory, Fish or Shrimp Cage, Deer Farm, Kekabu Waterfall and Lenggong Town. 

1 x Breakfast, 1 x Lunch, 1 x Dinner, 1 night stay, Licensed Tourist Guide, Entrance Fees, Transfer in & out, Bicycle usage for 1 day around Lenggong. Travel Insurance.

Kalau di KL pula Kuala Lumpur By Cycle pusing-pusing KL
Package Per Person RM10 per hour (free  and easy). Ada juga by Group RM45 Per Person (min 8 person – max  10 person)

Ada juga Gourmet Tour Package. Including Cooking Lesson. Masakan India dan Cina di Penang. Masakan Melayu di Langkawi. Ni memang pakej berkaitan kulinari je.  

Rupa-rupanya ada Safari Park dekat Bukit Gambang dan ada Night Jungle gak. Baru tau ni. 

Perak Homestay pun best. Banyak rupanya Homestay di Perak ni antaranya Klah, Bagan Datoh, Kampung Beng dan banyak lagi. Aktiviti kat sini sama ada demo menoreh getah, sukan rakyat, persandingan olok-olok dan lawatan ke kawasan IKS. Semuanya ikut apa yang menarik yang dianjurkan oleh penduduk kampung tu, misalnya kat Pendiat boleh tengok Pusat Pembiakan Tuntung.

Pakej dari RM100 per pax – RM 280 per pax ikut hari. Minimum 20 orang


Mula-mula malas nak ambil poster ni sebab tak tau nak letak mana, sekali orang tu kata kalau laminate boleh buat table mat. Hmmm tak terpikir pulak sebelum ni. Menarik, sambil makan tu leh tengok gambar yang mendamaikan ni.



Friday, October 25, 2013

Nombor Misteri Lagi

Nombor misteri lagi ni sejak no misteri tu, ada lagi rupanya eh eh, bila orang call balik tak dapat dan diam sahaja 0326015400 dan 0326014600 dah dua minggu ada kat skrin. Taip saja di Google, akan keluar dekat Whocallsme.com.  Ramai jugak yang mengalami masalah yang sama rupanya. Kini tiada lagi misteri.

Thursday, October 24, 2013

Catatan Penglipur Lara Sang Majistret



Dulu-dulu saya suka tengok cerita-cerita yang berkaitan dengan mahkamah. Law & Order, Reasonable Doubt dan paling suka Ally Mcbeal sebab kes-kes yang dia kendalikan banyak dalam bentuk kelakar, kalau yang lain tu serius je.  Buku ni dah lama mak beli tapi saya mula tertarik nak baca sebab kawan fb kata best dan kelakar. Dia baca tak sampai satu hari dah habis.

Tajuk: Catatan Penglipur Lara Sang Majistret

Penulis: Zabidi Mohamed

Penerbit:  Galeri Ilmu, Kota Damansara     Cetakan Pertama 2012

ISBN: 978-983-097-374-6

Harga:RM 18.00 (Semenanjung Malaysia), RM20.00 (Sabah/Sarawak) 

Muka surat: 225 halaman
 



Sinopsis:
Memang lucu apabila seorang bekas majistret berkongsi kisah dan pengalamannya dalam Catatan Penglipur Lara Sang Majistret. Dari Penjara Pudu merentas ke negeri Serambi Mekah, kisah-kisahnya amat menggelikan hati, namun tidak sepi daripada nilai-nilai tarbiah.

Komen:  Rasanya orang Kelantan mesti suka baca buku ni sebab banyak cerita fasal bahasa Kelantan. Memandangkan penulis orang Melaka dan bertugas di Kelantan, perkara utama yang paling menimbulkan masalah pada mulanya adalah bahasanya. Bahasa Kelantan kan memang lain terus dari bahasa Melayu. Sekurang-kurangnya kalau bahasa Perak tu, dia cuma tukar bunyi sikit aje. 

Masa belajar dulu  pun saya sendiri susah nak faham. Dekat U dulu lebih kurang 80 peratus saya dikelilingi orang Pantai Timur dan 20 peratus orang Kedah. Jumpa orang Perak pun yang belah Taiping sana, cakap Utara la pulak. Kat rumah sewa pun sebilik dengan orang Kelantan, ada orang Melaka tapi dah gewe dengan oghe Kelate, udah kecek Kelete la pulak mek tu. Kiranya saya ni kalau ada soalan pemahaman dalam bahasa Kelantan atau ujian mendengar, boleh gak la nak pehe tapi kalau disuruh kecek, tok leh. Tapi rupa-rupanya bila bercakap dengan orang lain tu bunyi-bunyi Kelantan tu ada gak. Habis bahasa Perak saya tunggang-langgang dibuatnya dan sehinggalah sekarang. Kadang-kadang saya pun dah confuse. 

Permulaan diceritakan fasal kisah di Penjara Pudu dan bagaimana hukuman sebat dijatuhkan. Menarik juga apabila dapat membaca analisis secara tidak langsung tentang penerimaan hukuman sebatan bagi kaum India, Cina dan Melayu.  Walaupun dalam buku ni ada 4 tajuk aje, tapi semua ceritanya panjang-panjang sebab diselang-selikan dengan pelbagai maklumat yang lain. Biasalah, kes mahkamah kan ambil masa yang lama gak nak selesaikan. Lagipun dah nama tajuk bukunya penglipur lara. Bagi yang ingin mengenali tentang penulis ini, boleh lihat di blog


Thursday, October 10, 2013

Kuala Gula Bird Sanctuary, Perak

Terletak di perkampungan nelayan persisiran pantai utara di dalam Daerah Kerian di negeri Perak. Kira-kira 50km dari barat laut bandar Taiping. Ia merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan berlumpur. Kuala Gula mempunyai pelbagai jenis habitat tanah lembap yang terdiri daripada dataran lumpur, hutan paya bakau, muara sungai dan sistem-sistem sungai. Kuala Gula juga dikenali di mata dunia sebagai ‘Kuala Gula Bird Sanctuary’ kerana ia menjadi tempat persinggahan burung-burung hijrah dari seluruh dunia dari bulan Ogos hingga April pada setiap tahun. –Sumber pamflet Kuala Gula Sanctuary Resort

Pemandangan dari restoran terapung JS muara restoran

Kuala Gula Sanctuary Resort

JS muara restoran terapung
Sebenarnya nak makan di restoran terapung ni, sampai awal jadi tukang masak pun tak sampai lagi. Elok datang pukul 12.30 tengah hari. Kat sini, kalau lepas bot lalu, mulalah restoran bergoyang, hehehe.  Bolehlah makan kat sini kalau nak merasa. Akhirnya kami ke Resort, makan di Restoran Cenderawasih, lebih kurang  1km dari kedai tu, menu utama pun sama gak. 
 

Restoran Cenderawasih di Kuala Gula Sanctuary Resort

Pemandangan dari Kuala Gula Sanctuary Resort


 Mula beroperasi sejak April 2010. Boleh merasakan suasana persekitaran kehidupan kampung nelayan. Terletak berhampiran Sungai Gula. Antara kemudahan yang disediakan Dorm, Restoran, Dewan Seminar, Surau dan aktiviti menyusuri hutan paya bakau dengan menaiki bot.
Kalau dari Kuale keluar tol Kamunting, kiri, terus lagi nampak sign Kuala Gula. Terus je lagi. Kat sini barulah tau banyak bendang rupanya. Sampai ke penghujung jalan ada sign ke kiri. Ikut je sign. Sebelum Kuala Kurau.

  Specialnya ketam kulit lembut.  Makan semua sekali. Tak perlu nak buang kulitnya. Sedia untuk dimakan. Sedap, ketam masak mentega. Kalau goreng biasa RM5, kalau masak lain tu RM7. Berbaloi jugaklah.


Ketam kat dalam tu ya.


Monday, October 7, 2013

Cross Stitch Flowers

Tajuk: Cross Stich Flowers  -over 200 flower-inspired charts for cross stich

Penulis: -

Penerbit: Kandour Ltd, UK      Cetakan Pertama 2006

ISBN: 1-904756-56-5

Harga:RM24.90 di MPH  1U, ahli MPH dapat 20% diskaun lagi.

Sinopsis:
What is more beautiful than nature’s own flowers? Not much, but unfortunately they are not enduring and eternal, whereas a well-crafted cross stitch flower design will last and last and bring fun and happiness to both the creator and those fortunate enough to receive these designs as thoughtful gifts or see them beautifully displayed in the home
This beautiful  full colour book is designed to be a centre-piece in itself, allowing the reader to create thousands of beautiful designs taken from or inspired by its pages.



 Komen:
Buku ni dah lama beli, sampai tak teringat pernah ada dalam simpanan. Masa puasa hari tu terjumpa kain-kain cross stich yang lama dan benang-benang yang tiada nombor lagi. Biasalah sebelum raya, berkemas lebih ekstrem sampai jumpa macam-macam harta benda. Sejak itu  minat menjahit cross stich/silang pangkah ni muncul kembali, nak perabih kan kain-kain lama dan benang-benang ni. Dulu kain murah, sekarang tak tau la berapa tapi ramai gak budak-budak sekarang ni rasanya tak menjahit dah. Kalau dalam family, biasanya projek jahit cross stich ni bermula lepas habis periksa, SRP, SPM, STPM. Setiap orang memang ada kerja tangan masing-masinglah. Nak nak pulak benang dulu-dulu murah. DMC tu kira terbaiklah, 50 atau 40 sen je seuntai. Sekarang ni rasanya dah seringgit lebih kot. Dah lama tak beli. Kalau pakai Minlon tu tak cantik sangat warnanya, sedikit kusam. Kalau Anchor, warna putihnya cantik-putih bersih tapi DMC punya putih beras. So kalau nak buat air terjun biasanya warna putihnya tukar benang Anchor.

Direktori ni menyimpan semua nombor benang dan jadi rujukan dalam simpanan ada nombor apa

Oleh kerana jahit guna benang lebih jadi cari warna yang irap-irap


 Benang ni boleh jadi sampai tak tau identiti sebab biasa kita jahit ikut kain, kalau kecil lubangnya guna dua urat atau tiga urat. Jadi bila ‘pecah’kan  tu yang tinggal ada 3 urat. Ada yang dah tak bernombor tu pulak biasanya bila tarik dah koyak nombornya, bila nak simpan, tak tau nombor apa. Memandangkan benangnya banyak, dengan ini dirasmikan Projek Benang Gumpal, tengok apa yang boleh dihasilkan dari benang-benang ni. Selalu orang ada projek kain perca, teringin pula nak buat projek lain hehe.

Ram tu pun jumpa masa puasa hari tu.  Jadi tak perlu kain jahit je atas ni. Ngam-ngam pulak ngan corak yang nak buat ni tapi memang kena kira dululah takut bila dah siap nanti luar dari kawasan pulak. Nampak kecil je tapi oleh kerana hanya buat masa tengok tv, dekat sebulan jugak nak siapkan.

2nd project. Untung beli selimut ni dekat IKEA boleh bahagi empat tapi haritu dah takde pulak yang corak plain. Ada yang bercorak punya so susah sikit lah kalau nak jahit huruf nanti.